Buku teks membosankan? Mungkin guru boleh cuba 9 cara ini untuk menarik murid menyukainya

Iklan
Kredit Foto: Unsplash

Benarkah buku teks di sekolah membosankan? Jika ya, adakah disebabkan buku tersebut berat, tidak menarik dan tebal hingga mengakibatkan pelajar sukar mengulang kaji pelajaran?

Menurut Pegawai School Improvement Specialist Coach (Sisc+), Pejabat Pendidikan Daerah Kulai, Johor, Herryan Syah Tupan Surian, buku teks merupakan bahan penting untuk pendidikan dan menjadi sumber rujukan utama kepada guru dan pelajar dalam pembelajaran di sekolah.

Iklan
Iklan

Katanya, buku teks tidak membosankan sebaliknya ia akan menarik jika digunakan dengan cara yang betul.

Tambahnya lagi, ada beberapa strategi dalam menjadikan sumber rujukan itu sebagai bahan pembelajaran menyeronokkan.

Iklan

"Saya senaraikan sembilan cara kreatif untuk cikgu-cikgu lakukan sepanjang menggunakan buku teks di sekolah," ujarnya yang pernah berkhidmat sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Taman Indahpura 1, Kulai, Johor.

Berikut sembilan tip kreatif yang dimaksudkan oleh Herryan Syah.

Iklan

1) Tangkap layar bahagian tertentu