KPM akan selesaikan isu kekurangan guru sebelum sesi persekolah Mac ini

Iklan
Fadhlina Sidek

Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah amat membantu pelajar memahami sesuatu topik dengan lebih baik sebagai usaha memperkukuhkan pengetahuan mereka.

Ini berkait rapat dengan kehadiran guru dalam mencurah ilmu serta mengekalkan persekitaran yang baik untuk setiap pelajar.

Iklan
Iklan

Namun hari ini timbul pula isu yang seolah tiada noktahnya iaitu kekurangan guru di sekolah sehingga dikatakan menambah beban kepada guru sedia ada.

Menyedari hal ini, Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengeluarkan kenyataan akan menyelesaikan isu ini di seluruh negara secara berperingkat sebelum sesi persekolahan baharu yang dijadualkan bermula Mac ini.

Iklan

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberitahu, walaupun isu berkenaan tidak ketara di Semenanjung berbanding di Sarawak namun ia tetap akan diberi perhatian sewajarnya.

Tambahnya, KPM akan berusaha untuk mengatasi isu kekurangan guru di setiap negeri yang masih menghadapi masalah tersebut.

Iklan

Namun begitu Fadhlina berkata, sebagai permulaan pihaknya akan segera mengisi kekurangan guru di Sarawak.

"Kita turut melihat masalah ini di negeri-negeri lain dan saya fikir dengan adanya persiapan daripada guru sebelum pembukaan sekolah Mac ini, Insya-ALLAH kita akan cuba mengatasi di setiap negeri yang ada masalah kekurangan guru ini,” jelasnya ketika diminta mengulas tentang isu tersebut semasa menghadiri sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Dewan Serbaguna Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Tambah Fadhlina, beliau yakin penyelesaian mampu dicapai walaupun dasar nisbah 90:10 guru Sarawak dan guru bukan dari Sarawak masih digunakan di negeri itu.