Klinik Juara Milo bakal diperluas, gilap permata sukan di peringkat akar umbi

Iklan
Kira-kira 100 keluarga B40 dan kurang berkemampuan menerima sumbangan daripada Nestle pada majlis Nikmati dan Kongsi Kebaikan Milo Hi-Fibre dalam program amal di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Peribahasa ini sangat bertepatan apabila ingin menggilap bakat-bakat atlet muda tanah air.

Begitupun, usaha melahirkan atlet-atlet masa depan perlu berterusan agar mereka dapat digilap sehingga menjadi permata yang menyinar di pentas antarabangsa.

Iklan
Iklan

Program Klinik Juara Milo yang diperkenalkan sejak 2015 merupakan antara usaha dalam pencarian bakat-bakat terpendam tanah air di peringkat akar umbi.

Pengurus Pemasaran Pengguna Milo Business Unit Nestle (Malaysia) Berhad, Andrew Yoon berkata, program Klinik Juara Milo merupakan platform yang memberi peluang kepada semua golongan muda di negara ini mempelajari dan merasai sendiri pengalaman bersukan dalam persekitaran menyeronokkan dan selamat di bawah bimbingan jurulatih berkualiti.

Klinik Juara Milo merupakan platform yang memberi peluang kepada semua golongan muda di negara ini mempelajari dan merasai sendiri pengalaman bersukan di bawah bimbingan jurulatih berkualiti.

Iklan

"Ia juga boleh menggilap bakat-bakat sukan di peringkat akar umbi untuk diketengahkan sehingga bergelar juara dunia.

"Tahun ini, ia akan dilancarkan pada Mac depan dan dijangka dilaksanakan dengan lebih besar melibatkan beberapa sukan termasuk bola sepak, hoki, futsal, badminton serta banyak lagi.

Iklan

"MILO percaya, sukan dapat membentuk karakter dan nilai kehidupan dalam diri generasi muda ini untuk meraih kejayaan sepanjang hayat mereka,” katanya pada majlis Nikmati dan Kongsi Kebaikan Milo Hi-Fibre dalam program amal di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Rashid Sidek

Hadir sama, jaguh badminton negara yang juga Duta Milo Hi-Fibre, Datuk Rashid Sidek.

Kira-kira 100 keluarga B40 dan kurang berkemampuan menerima sumbangan daripada Nestle pada majlis itu.

Syarikat berkenaan turut menyediakan 10,000 pek Milo Hi-Fibre di Pavilion Bukit Jalil untuk dijual kepada orang ramai pada harga istimewa, RM8 satu pek.

Nestle dan Pavilion Bukit Jalil akan menyalurkan sumbangan kepada badan amal hasil semua pembelian tersebut.

Dalam pada itu, Rashid berkata, sudah tiba masanya untuk beliau kongsikan segala kemahiran dan nilai positif yang diperolehi sepanjang menjadi pemain badminton kepada generasi muda.

"Meskipun rutin harian saya sangat sibuk dengan tugas sebagai jurulatih dan kekal aktif bersama keluarga, saya bersyukur kerana Milo Hi-Fibre dapat memberi tenaga dan nutrisi diperlukan untuk menjalani rutin harian begitu padat,” katanya.