10 tip dari Kaunselor MRSM untuk pelajar SPM

Iklan
Kredit foto; pexels

Umum mengetahui Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan peperiksaan terpenting untuk pelajar di negara ini.

Memperoleh keputusan cemerlang bukan sahaja satu bonus malah membuka lebih banyak peluang untuk pelajar pada masa depan.

Iklan
Iklan

Kepada calon yang ingin menyambung pengajian di peringkat tinggi anda harus berusaha mendapatkan keputusan yang baik.

Sinar Bestari memetik perkongsian yang dimuat naik Kaunselor Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Mohd Shahid Ahmad di akaun Facebook miliknya di mana beliau berkongsi 10 tip untuk pelajar-pelajar yang menduduki SPM.

Iklan

Kredit foto; pexels


Jom baca!

1. Ubah cara berfikir

Iklan

Cara seseorang berfikir akan menentukan tindakannya. Pelajar harus sentiasa berfikiran positif serta percaya dengan kemampuan diri sendiri.

2. SPM hanya sekali seumur hidup

Sesuatu kejayaan tidak akan datang tanpa proses. Terdapat pelajar yang terlalu fokus untuk mendapatkan hasil tapi tidak mempedulikan proses.

Konsep itu adalah salah, tidak ada orang yang berjaya tanpa kerja keras dan usaha.

Kepada pelajar, SPM bukan pengakhiran, tapi ia adalah permulaan.

3. Kemas kini jadual peperiksaan

Penting untuk mengambil tahu jadual peperiksaan. Pelajar harus tahu tarikh dan waktu untuk subjek peperiksaan yang akan diduduki nanti dan ini dapat membantu pelajar membuat persiapan yang lebih rapi.

4. Kata kunci peperiksaan

Pelajar perlu perbanyakkan latihan serta ulang kaji.

Biasakan diri dengan kertas peperiksaan tahun terdahulu supaya pelajar mendapat kata kunci untuk setiap soalan.

5. Bertenang dan kawal emosi

Menjelang hari peperiksaan, pelajar berkemungkinan akan menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dari segi mental, emosi dan fizikal.

Kerana itu, lakukan persediaan yang cukup supaya sebarang gangguan dapat dielakkan serta boleh memberikan tumpuan menghadapi peperiksaan.

6. Bersedia dengan 3S (sebelum, semasa dan selepas)

Beberapa minggu sebelum peperiksaan, pelajar mesti bersemangat, fokus dan meletakkan sasaran yang jelas untuk SPM. Jadikan impian itu sebagai motivasi untuk pelajar melakukan yang terbaik.

Sepanjang tempoh peperiksaan, pastikan segala persiapan sudah lengkap dilakukan. Siapkan pakaian dan alat tulis sehari sebelum peperiksaan. Bangun awal pagi dan siapkan diri dengan bersarapan bersama keluarga misalnya. Minta restu ibu bapa sebelum keluar.

Selepas peperiksaan, bagi mengelakkan rasa kecewa atau terlalu yakin dalam diri pelajar, jangan berbincang jawapan dengan rakan-rakan yang lain.

Ini untuk memastikan emosi dan fokus pelajar tidak terganggu untuk menjawab peperiksaan subjek lain.

7. Jadikan SPM sebagai keutamaan

Tidak ada yang lebih penting kepada pelajar melainkan peperiksaan SPM. Oleh itu, jadikan ia sebagai keutamaan.

Kurangkan bermain dan menonton rancangan hiburan buat sementara waktu. Selain itu, jangan hanya fokus untuk mengulang kaji mata pelajaran yang digemari sahaja sehingga mengabaikan mata pelajaran lain.

8. Guru merupakan kunci kepada kejayaan

Pelajar harus menjadikan guru sebagai sumber rujukan. Jika terdapat sebarang perkara yang kurang difahami, rujuk kepada guru dengan segera.

Ini seiring dengan apa yang pernah disampaikan oleh Rasulullah SAW di mana baginda bersabda:"Ilmu itu umpama almari (yang tertutup) rapat dan kunci pembukanya adalah dengan bertanya. Oleh itu, bertanyalah kalian kerana sesungguhnya dalam bertanya itu diturunkan empat macam pahala, iaitu orang yang bertanya, orang yang menjawab pertanyaan, pendengar dan orang yang mencintai mereka.” (Hadis Riwayat Abu Naim).

9. Masa bersendiri

Luangkan sebentar masa untuk diri sendiri. Ini penting untuk kesihatan mental.

Tinggalkan sebentar gajet dan berikan kesempatan untuk otak anda berehat. Lakukan sedikit senaman ringan sambil berbual mesra bersama rakan baik.

10. Doa senjata orang beriman

Perasaan was-was atau tidak yakin dengan apa yang dilakukan mungkin akan menghantui pelajar.

Oleh itu, setelah melakukan semua persiapan yang diperlukan, berdoa dan bertawakal kepada ALLAH kerana Dia adalah pemilik kepada segala kejayaan kita.

Selamat berjaya!