Modal insan mahir, 'kunci' masa depan negara

Iklan
Mustapha Sakmud

Program TVET penuhi permintaan industri

Dalam era globalisasi hari ini, modal insan mahir antara 'kunci' utama melakar naratif kemajuan sesebuah negara.

Tanpa tenaga mahir, sudah pasti pelbagai sektor yang memerlukan kepakaran serta kemahiran akan terbantut malah ia akan diisi oleh tenaga mahir asing dari pelosok dunia.

Iklan
Iklan

Senario ini akan memberi kesan mendalam terhadap sesebuah negara terbabit apatah lagi apabila tidak dapat mengoptimumkan keperluan tenaga mahir terutama melibatkan golongan muda yang merupakan 'aset' berharga masa depan.

Melalui program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), ia mampu melahirkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang tertentu berdasarkan standard pekerjaan diiktiraf dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri.

Iklan

Bagaimanapun, baru-baru ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mencadangkan penstrukturan semula program berkenaan supaya kursus yang dilaksanakan lebih berfokus sekali gus mengelak pembaziran wang kerajaan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata, penstrukturan semula program TVET perlu dilaksanakan bagi menyelaraskan pertindihan kursus sekali gus dapat mengoptimumkan peruntukan bajet dalam melaksanakan program terbabit untuk mencapai sasaran melahirkan tenaga berkemahiran tinggi.

Iklan

"Kerajaan sangat prihatin dengan jumlah perbelanjaan melibatkan kira-kira RM6.7 bilion setiap tahun bagi melaksanakan program TVET di seluruh negara.

"Pada peringkat awal cadangan, kemungkinan tiga kementerian akan bertanggungjawab memastikan kelancaran program TVET di seluruh negara,” katanya kepada Sinar Bestari.

Mustapha menjelaskan, ia melibatkan program-program sijil, diploma dan peringkat lebih tinggi. Bagaimanapun, perincian mengenai cadangan tersebut akan dilakukan Majlis TVET Negara.

Perkongsian pintar

Dalam pada itu, beliau memberitahu, Kementerian Sumber Manusia (KSM) diberi tempoh tiga bulan bagi mengenal pasti 10 pemain industri untuk menjalin perkongsian pintar dengan pusat TVET bersesuaian dengan kehendak industri hari ini.

"Melalui memorandum perjanjian (MoA) berkenaan, kita akan meminta pemain industri memberikan latihan kepada para pensyarah dan tenaga kerja di pusat-pusat TVET supaya modul pembelajaran bersesuaian dengan kemahiran diperlukan pasaran terkini.

"Ia juga merangkumi pemberian peralatan bersesuaian untuk pengajaran. Ini kerana kita tidak mahu apa yang diajar kelak ketinggalan zaman sehingga menyukarkan para lepasan TVET mencari pekerjaan,” ujarnya.

Beliau menambah, program-program TVET melibatkan pembelajaran praktikal sebanyak 70 peratus manakala selebihnya adalah teori.

Tuturnya, kementerian juga menyasarkan mencapai tenaga mahir sebanyak 35 peratus pada 2030.

Sebanyak 98 peratus graduan-graduan 'kelahiran' KSM berjaya memperoleh pekerjaan dalam pelbagai bidang ditawarkan industri.

Kepentingan tenaga mahir

Mengulas mengenai trend lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak mahu melanjutkan pengajian, beliau menegaskan senario terbabit akan merugikan negara.

Sebagai contoh, Mustapha berkata, negara India yang mempunyai populasi penduduk kira-kira 1.4 bilion menetapkan sasaran untuk melahirkan tenaga mahir sebanyak 500 juta.

"Ia memberi petanda, negara terbabit akan mengeksport tenaga mahir ke seluruh dunia.

"Justeru, sasaran melahirkan tenaga mahir amat penting untuk mengisi lompong-lompong sektor kemahiran dalam pelbagai sektor medium skills, high skills malah low skills di negara ini,” ujarnya.

Beliau berkata, program ditawarkan kepada golongan muda ini antara usaha melahirkan tenaga mahir.

Ujarnya lagi, ia bagi memenuhi permintaan industri dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

"Bayangkan negara tidak dapat memenuhi permintaan tenaga mahir dalam pelbagai sektor kemahiran.

"Ia sudah pasti akan diisi tenaga asing sekali gus memberi impak kepada negara,” katanya.

Program TVET

Mustapha menjelaskan, pembelajaran merupakan proses sepanjang hayat malah tiada noktah mempelajari sesuatu baharu dalam kehidupan.

Katanya, melalui KSM terdapat 32 institusi yang menawarkan program-program TVET kepada para pelajar dan pekerja.

"Program-program berkenaan merangkumi pelbagai bidang termasuk elektrikal, perhotelan, minyak dan gas, teknologi dron serta banyak lagi untuk memenuhi minat para pelajar.

"Bahkan, sebanyak 98 peratus graduan-graduan 'kelahiran' KSM berjaya memperoleh pekerjaan dalam pelbagai bidang ditawarkan industri,” sambungnya.

Beliau berharap golongan muda merebut peluang dan mengenal pasti minat program-program TVET yang ditawarkan untuk masa depan mereka dan negara. TVETLulusan program TVET mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran praktikal dengan lebih baik berbanding lulusan program akademik.

Kelebihan ini berpotensi untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menarik minat majikan untuk menawarkan pekerjaan kepada lulusan TVET.

Kini lebih daripada 500 institusi TVET awam yang menawarkan pelbagai program bagi semua peringkat pendidikan.