Bercita-cita ingin membuka kilang mesin sendiri antara dorongan yang menjadikan Muhammad Aiman Zainorazman, 23, bersungguh-sungguh ingin menamatkan pengajiannya di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang, Selangor.
Dia yang kini berada di tahun akhir sebelum menerima Diploma Mekanikal Pemesinan pada Mac ini berkata, impian tersebut telah lama dipendam sewaktu kali pertama menjejakkan kaki di institusi pengajian berkenaan.
Pada masa sama, pendekatan yang digunakan oleh tenaga pengajar di IKTBN juga salah satu faktor yang menjadikan Muhammad Aiman mampu mengadaptasi suasana pembelajaran sekali gus menyimpan cita-cita tersebut.
Malah katanya, suasana pembelajaran di IKTBN juga berbeza sewaktu bersekolah menengah.
Ini kerana semua tenaga pengajar serta senior sangat membantu dalam melatih setiap pelajar memahami kursus yang dipelajari.
Dengan latihan yang diterima sepanjang belajar di sana juga telah mendorong Muhammad Aiman menyertai pertandingan WorldSkills (WSC) pada Jun tahun lalu.
Bercerita lanjut tentang pertandingan itu, meskipun tidak mendapat tempat, namun ia merupakan satu pengalaman bermakna buat Muhammad Aiman dalam bidang pemesinan ini.
Bahkan ia dilihat satu peluang buatnya untuk menimba ilmu baharu serta berkongsi maklumat dengan rakan-rakan dari institut kemahiran lain.
Untuk itu, kali ini Muhammad Aiman turut berkongsi antara kelebihan menyertai TVET kepada pembaca Sinar Bestari.
Kelebihan TVET Pendedahan dengan lebih mendalamPelajar TVET berpeluang mempelajari secara hands-on seperti pengendalian mesin atau bertukang. Mereka juga diberi pendedahan dengan lebih mendalam supaya bersedia untuk berdepan dengan dunia pekerjaan satu hari nanti. Malah ilmu yang didapati daripada latihan berkenaan tidak mudah diperoleh di mana-mana tempat lain.
Pembelajaran tidak membosankan
Walaupun pembelajaran teoretikal penting namun pendedahan secara hands-on juga dilihat membantu pelajar untuk lebih memahami tentang sesuatu perkara dalam kursus yang diambil. Pendedahan teknologi secara meluas juga dilihat mampu menjadikan proses pembelajaran TVET tidak membosankan.
Ketersediaan menempuh
alam pekerjaanPelajar TVET turut berpeluang menjalani latihan industri di mana-mana tempat yang menjadi pilihan mengikut kesesuaian kursus diambil. Latihan industri ini dilihat dapat membantu membina keyakinan dan menyesuaikan diri setiap pelajar apabila memasuki alam pekerjaan kelak.