"Terima kasih cikgu" - Ucapan ringkas tukang kebun sekolah buat air mata warga maya tumpah!

Iklan
Pakcik Mohd Amin sudah lama berkhidmat di SMK Convent St Cecilia.

"Memberi kadangkala tidak perlu untuk kita pergi jauh, depan mata pun sudah ada," ini kata Cikgu Maisarah Hannan Chong Abdullah kepada wartawan Sinar Bestari, baru-baru ini.

Beliau yang merupakan Guru Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent St Cecilia, Sandakan, Sabah memberitahu, sekeliling kita sebenarnya ramai yang memerlukan bantuan

Iklan
Iklan

"Di sekolah misalnya, ada individu-individu yang memerlukan bantuan daripada kita. Bantuan berupa keperluan makanan, kebersihan diri dan banyak lagi memang mereka harapkan.

"Cuma kita yang kadangkala tak nampak kesusahan insan-insan ini. Maafkan kami," ujar guru muda ini.

Iklan

Menurut Cikgu Maisarah Hannan, di sekolah tempatnya mengajar, ada seorang tukang kebun yang dikenali sebagai Mohd Amin Hammu.

Dia sangat menjaga kebersihan kawasan sekolah tanpa mengira masa. Rajin menanam dan menjaga kesuburan pokok-pokok bunga serta banyak lagi.

Iklan

Kata guru ini, Pakcik Mohd Amin sudah lama berkhidmat di sekolah tersebut.

"Ada cerita tentang dia yang ingin saya kongsikan kepada semua. Moga ia memberi satu pengertian bermakna buat kita," ujarnya.

*****

Sosok tubuh tua ini adalah pakcik tukang kebun dan juga pembersihan di sekolah saya. Sudah agak lama juga dia berkhidmat di sini.

Kerana adanya tugasan yang perlu diselesaikan segera, maka dengan rela dan gembira saya turunlah ke sekolah.

Alang-alang sudah berada di sekolah, saya cari pakcik untuk dibawa berbual seperti biasa. Hajat tersirat nak bagi sumbangan barangan dapur Ramadan sebenarnya.

Sepanjang menguruskan makanan percuma untuk murid waktu rehat, selalunya bahagian pakcik akan saya asingkan siap-siap. Bolehlah untuk dia buat minum petang.

Bagilah apa saja. Sikit atau banyak. Pakcik tetap tersenyum menyambutnya dengan balasan ucapan"Terima kasih cikgu."

Hidup ini begitulah. Kadang-kadang kita tak perlu pergi jauh untuk ciptakan moment kasih sayang.

Lihat saja yang terdekat pasti ada peluang di situ. Cuma saja kadang kita tak perasan. Nampak tak, ruang dalam menyebarkan kebaikan itu sebenarnya luas.

Adik dan abang...MEMBANTU tidak hanya sekadar memberi. Memberilah untuk menjadi INSPIRASI pada yang lain agar dapat bersama menyebarkan KEBAIKAN.