4 tip menjadi penyampai radio yang berjaya

Iklan

Tidak dinafikan visual seperti televisyen adalah lebih efektif tetapi ia masih tidak dapat menggantikan radio kerana tiada kaedah yang boleh menggantikan perhubungan melalui bunyi.

Justeru, radio masih menjadi satu alat komunikasi yang menarik dan relevan sehingga hari ini.

Iklan
Iklan

Lihat sahaja penyampai radio yang masih bertahan meskipun sudah 23 tahun berkhidmat dan masih terkenal dalam kalangan peminat yang terus menyokongnya.

Bukan sahaja orang lama, malah telah memperolehi banyak anugerah sepanjang kerjayanya.

Roslinda Abd Majid, sebaris nama yang mungkin ramai tidak mengenali kerana individu ini lebih popular dengan panggilan DJ Lin.

Iklan

Beliau bukan sahaja merupakan orang lama dalam industri penyiaran malah telah berjaya memperoleh banyak anugerah sepanjang kerjayanya.

Bagi DJ Lin, kerjayanya bertahan hingga hari ini kerana peminatnya yang setia menyokong dan meminati segmen kendaliannya.

Iklan

"Alhamdulillah, selama beberapa tahun mengendalikan segmen Suria Cinta telah membuatkan ramai yang mengenali dan meminati saya.

"Bukan senang untuk bertahan dalam industri ini lebih-lebih lagi semakin ramai bakat baharu diperkenalkan sebagai pelapis.

"Namun saya yakin dan percaya sekiranya kita boleh membawa satu kelainan yang mampu menambat hati pendengar, kita boleh berjaya walaupun zaman sudah berubah,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Beliau yang merupakan graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM), jurusan Komunikasi Massa berkata, kerjaya sebagai penyampai radio bukan hanya sekadar melontarkan suara malah turut bertanggungjawab melahirkan pelbagai gaya serta nada suara mengikut program yang sesuai.

Untuk itu, kali ini DJ Lin kongsikan empat tip kepada pembaca Sinar Bestari yang berminat untuk menceburi bidang penyiaran sebagai penyampai radio.

1 Skil komunikasi

Mereka yang berminat untuk menjadi penyampai radio perlu mengetahui skil komunikasi yang baik dan berkesan. Ia adalah untuk menghidupkan suasana perbualan antara penyampai radio dan pendengar supaya tidak kedengaran membosankan. Ini kerana industri radio amat mementingkan kualiti audio atau lontaran suara yang menarik dan sedap untuk didengar.

2 Ketahui keunikan diri sendiriBagi menjadi seorang penyampai radio, keunikan yang dibawa seseorang adalah penting terutamanya untuk menarik minat pendengar. Meskipun bakat juga memainkan peranan namun ia masih boleh digilap sekiranya seseorang itu membawa kelainan yang tidak ada pada orang lain.

3 Sentiasa ambil peluangHari ini terdapat banyak medium yang boleh digunakan untuk menonjolkan bakat seperti di aplikasi TikTok atau Instagram. Dengan adanya aplikasi-aplikasi ini, ia sedikit sebanyak membantu menaikkan imej mereka yang berminat untuk menjadi penyampai radio. Oleh itu, rebutlah setiap peluang dan gunakan medium tersebut dengan sebaliknya.

4 Usaha yang berterusanMereka yang mempunyai impian untuk menjadi penyampai radio perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh apatah lagi melihat kepada perubahan zaman dan keperluan industri berkenaan. Ini kerana perubahan zaman mempengaruhi kaedah penyampaian radio dan ia bukanlah satu perkara baru. Oleh itu, usaha untuk terus memperbaiki kaedah tersebut perlu dilakukan supaya ia masih kekal relevan dalam industri berkenaan.