Kepentingan sokongan kesihatan mental terhadap pelajar masa kini

Iklan
Penting untuk masyarakat mempunyai kesedaran terhadap masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar. Kredit foto: Pexels

Kesihatan mental merupakan aspek penting dalam kehidupan seseorang, termasuk dalam kalangan pelajar hari ini.

Dalam dunia yang semakin kompleks dan serba laju, pelajar sering kali menghadapi tekanan dalam pelbagai aspek seperti tekanan akedemik, sosial dan emosi.

Iklan
Iklan

Ditambah dengan faktor pengalaman membesar yang sangat berbeza jika dibandingkan dengan masa duhulu, kebarangkalian untuk pelajar mendapat masalah kesihatan mental juga meningkat.

Mengikut kajian pakar, dianggarkan sekitar 86 juta orang muda berusia antara 15 hingga 19 tahun menghadapi masalah kesihatan mental di seluruh dunia.

Iklan

Statistik dapatan kajian itu menunjukkan purata orang muda diserang kesihatan mental ketika masih bergelar pelajar.

Bagi mencari solusi kepada permasalahan tersebut, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) telah menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak berkaitan yang berkepentingan serta menjalankan kajian mendalam tentang isu itu.

Iklan

Hasil dapatan kajian turut membolehkan IMU mengenal pasti tanda-tanda awal seseorang pelajar itu sedang menghidap masalah kesihatan mental serta beberapa solusi untuk mengatasinya.

Untuk itu, Sinar Bestari ingin kongsikan kepada pembaca tentang tanda-tanda awal serangan kesihatan mental dan beberapa penyelesaian yang dicadangkan.

Jom baca!

Terdapat beberapa perubahan melalui tingkah laku pelajar perlu diperhatikan seperti

a) Gangguan pada corak tidur

b) Ketidakstabilan emosi

c) Kelesuan yang berterusan serta mudah penat

d) Daya penumpuan yang lemah

e) Corak pengambilan makanan yang tidak menentu

f) perubahan berat badan yang tidak berkaitan dengan isu kesihatan fizikal

g) Sentiasa pilih untuk duduk berseorangan dan menglak daripada melakukan aktiviti sosial

Perubahan tingkah laku itu boleh dilihat secara berterusan dan bukan pada satu-satu masa sahaja atau dalam waktu yang singkat.

Berikut adalah kaedah yang disarankan IMU kepada orang ramai bagi membantu pelajar berdasarkan model NEC, iaitu

(N- Notice) Sedar

Beritahu pelajar tersebut bahawa anda risau dengan pemerhatian yang dibuat kepadanya. Nyatakan jika terdapat perubahan tingkah laku atau fizikal yang ketara berlaku kepada pelajar itu.

(E- Express concern) Nyatakan kebimbangan

Suarakan kebimbangan anda kepada pelajar itu, tawarkan telinga anda untuk mendengar masalahnya dan nyatakan sokongan anda dalam apa jua keadaan.

(C- Connect them to someone who can help) Hubungkan kepada pihak yang boleh membantu

Cadangkan kepada pelajar itu sumber atau mana-mana badan organisasi kesihatan yang boleh memberikan bantuan kesihatan mental secara profesional kepada pelajar berkenaan. Tawarkan diri anda untuk menemani pelajar itu apabila dia sudah bersedia untuk menerima bantuan pakar.

Melalui sokongan tersebut pelajar dapat belajar cara menguruskan tekanan dan emosi mereka, meningkatkan hubungan sosial dan mengurangkan risiko masalah kesihatan mental yang lebih serius.

Oleh itu, penting untuk menyediakan sokongan kesihatan mental yang mencukupi untuk membantu pelajar mencapai potensi penuh mereka dan memperoleh kejayaan dalam kehidupan.

Semoga dengan maklumat ini masyarakat boleh tingkatkan kesedaran mereka dan tahu akan kepentingan sokongan kesihatan mental yang merupakan aspek penting dalam kehidupan pelajar masa kini.