Kenali Azizulhasni, jaguh berbasikal trek negara yang dikagumi ramai

Iklan
Azizulhasni mendapat jolokan sebagai The Pocket Rocketman.

Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita.

Kehebatan dan kejayaan yang diraih Azizulhasni dalam pelbagai kejohanan membuatkan beliau dikagumi ramai sehingga menjadi idola para pelajar.

Iklan
Iklan

Selain aktif dalam bidang sukan, atlet kelahiran Dungun, Terengganu yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman sememangnya individu yang bijak dalam akademik.

Ini dibuktikan apabila Azizulhasni yang merupakan bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) kini memiliki Sarjana Muda Sukan Gerakan, Universiti Victoria, Melbourne, Australia.

Iklan

Menurut Azizulhasni seperti dipetik menerusi laman Facebooknya, keinginan menyambung pengajian di Australia adalah datang daripada keputusannya sendiri.

"Walaupun telah berjaya mencipta kejayaan, saya melihat yang diri harus juga memiliki ilmu pengetahuan sebagai sandaran sekiranya karier sebagai atlet berakhir.

Iklan

"Selain itu, saya mahu menjadi atlet contoh kepada golongan muda yang memiliki kelulusan akademik demi masa depan," ujarnya.

Sementara itu, Sinar Bestari melahirkan rasa kagum dengan ratusan anugerah dan sumbangan yang diberikan Azizulhasni kepada negara.

Walaupun ramai melihat kejayaan yang diraih mungkin mudah, namun tiada siapa tahu apakah bentuk pengorbanan telah dilakukan oleh anak kelapan daripada sembilan beradik ini.

Sebagai info bersama, Sinar Bestari kongsikan trivia menarik The Pocket Rocketman yang mungkin ramai tidak tahu.