10 petua mendidik anak menjadi hebat cara Cikgu Zuridah Hanim

Iklan
Meletakkan pendidikan agama sebagai perkara pokok dalam pendidikan di rumah adalah salah satu yang harus ibu bapa lakukan agar anak-anak menjadi insan cemerlang. Kredit foto: Facebook Tahfiz Ar Rasyid

Tanggungjawab mendidik anak-anak merupakan satu tanggungjawab yang berat.

Masyarakat telah meletakkan harapan tinggi kepada sistem pendidikan dalam melahirkan modal insan yang berilmu, bermoral dan berkemahiran tinggi.

Iklan
Iklan

Bagi mereka, sekolahlah yang perlu bertindak sebagai ‘tapak semaian’ untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang, baik lagi cerdik.

Bagaimanapun, tuntutan pendidikan yang kompleks memerlukan gandingan erat antara guru dan ibu bapa.

Iklan

Bak kata seorang ahli pendidikan dikenali Jesse Jackson"A school system without parents as its foundations is like a bucket with a hole in it.”

Menurut Guru Cemerlang Perpustakaan dan Media, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, Dr Zuridah Hanim Md Akhir, ibu bapa memainkan peranan penting dalam memberi didikan kepada anak-anak dan mereka harus berperanan positif supaya berlaku kesinambungan pendidikan di rumah.

Iklan

Katanya lagi, kehidupan anak-anak bermula dari rumah malah masa yang diluangkan di rumah lebih lama berbanding di sekolah.

"Justeru, ibu bapa harus mengambil masa mendidik anak masing-masing kerana hubungan mereka tiada had dan sempadan berbanding masa serta ruang mendidik guru-guru di sekolah yang sangat terhad,” ujarnya.

Cikgu Zuridah Hanim yang pernah dinobatkan sebagai Ikon Guru Perpustakaan dan Media Kebangsaan serta Ikon Pembaca Guru Kebangsaan memberitahu, mendidik anak-anak hari ini bukanlah sesuatu yang mudah.

"Anak-anak masa kini ialah anak-anak alaf baru iaitu generasi Z yang dihidangkan dengan pelbagai kemudahan dan menyukai hal-hal yang mempunyai nilai sosial tinggi.

"Anak-anak kini generasi digital yang mesra teknologi dan lebih berdikari dalam membuat keputusan akibat pendedahan maklumat tanpa sempadan,” jelasnya lagi.

Dalam soal ini, apa yang perlu ibu bapa lakukan agar anak-anak mereka menjadi insan yang cemerlang?

Ikuti pandangan Cikgu Zuridah Hanim seperti dikongsi kepada Sinar Bestari baru-baru ini.

1) Meletakkan pendidikan agama sebagai perkara pokok dalam pendidikan di rumah. Ini kerana anak-anak perlu dibimbing ke arah kebaikan dengan mengamalkan sembahyang berjemaah, membaca al-Quran dan menghadiri majlis ilmu.

2) Anak-anak perlu dilatih menjadi pekerja supaya mereka mahir dalam ilmu rumah tangga, pengurusan masa, pengurusan konflik, pengurusan diri, bijak membuat keputusan dan berdikari melakukan kerja rumah.

3) Ibu bapa harus memberikan teladan kepada anak-anak. Contohnya melarang anak-anak menonton televisyen pada waktu Maghrib dan menyuruh mereka solat serta mengaji.

4) Jadikan rumah sebagai taman ilmu dengan menyediakan ruang perpustakaan supaya anak-anak rajin membaca.

5) Merancang aktiviti yang dapat meningkatkan kreativiti dan potensi anak-anak serta dalam masa sama, ibu bapa dapat mengenal pasti potensi dan bakat mereka.

6) Menggalakkan anak-anak terlibat dengan aktiviti kecergasan dan fizikal khususnya bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

7) Bertanya khabar dan tahu aktiviti harian anak-anak. Apabila hubungan rapat, mereka akan berkongsi dengan ibu bapa kegiatan yang dilakukan dan masalah harian dihadapi. Cara ini adalah untuk mengelakkan anak-anak mencari orang lain bagi berkongsi masalah khususnya yang berlainan jantina.

8) Mengamalkan hidup berjadual. Misalnya tempoh 24 jam digunakan dengan berbagai-bagai aktiviti berfaedah.

9) Menjadikan meja makan sebagai tempat bermulanya didikan disiplin seperti bacaan doa dan adab makan.

10) Memilih rancangan televisyen atau siaran yang sesuai untuk ditonton. Hadkan penggunaan gajet pada waktu tertentu.

Akhir sekali, Cikgu Zuridah Hanim menitipkan sedikit pesanan kepada seluruh pembaca Sinar Bestari untuk dijadikan sebagai peringatan.

"Iman Al Ghazali pernah menyebut jika ingin melihat dunia pada masa hadapan, lihatlah remaja pada hari ini.

"Dunia masa hadapan ialah anak-anak kita dan anak-anak amanah besar dari ALLAH yang harus dididik dengan sebaik mungkin,” tuturnya.