21 contoh penulisan refleksi Rancangan Pengajaran Harian, cikgu-cikgu boleh rujuk sini!

Iklan
Kredit foto: Unsplash

Penulisan refleksi dalam buku Rancangan Pengajaran Harian (RPH) adalah salah satu tugasan yang harus dilakukan para pendidik setiap hari.

Sekiranya ada idea yang banyak, maka catatan itu akan menjadi lengkap dan sempurna.

Iklan
Iklan

Jika sebaliknya, guru-guru perlu mengambil masa menenangkan diri dan mungkin boleh bertanyakan rakan-rakan sebagai rujukan.

Apakah itu RPH?

Iklan

RPH merujuk kepada Rancangan Pengajaran Harian yang perlu disediakan guru sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bermula.

Mereka perlu menghasilkan RPH dengan teliti meskipun pendidik itu adalah seorang guru berpengalaman, guru cemerlang atau guru pakar.

Iklan

RPH mengandungi tiga peringkat iaitu peringkat perancangan sebelum pengajaran, peringkat perlaksanaan pengajaran dan peringkat penilaian.

Bagi melengkapkan RPH dengan baik, beberapa isi kandungan perlu diberi tumpuan oleh para guru.

Isi kandungan tersebut terdiri daripada mata pelajaran, tarikh, hari, bidang pembelajaran, objektif, kriteria kejayaan, aktiviti PdP, bahan bantu mengajar (BBM), elemen merentas kurikulum, tahap pemikiran, peta pemikiran i-Think, penilaian PdP, tahap penguasaan, penilaian dan refleksi.

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook dikenali Puan Zurita Basyirul memuat naik perkongsian mengenai contoh-contoh penulisan refleksi dalam buku RPH.

Penulisan yang mendapat 2,200 tanda suka, 323 komen dan 20,000 perkongsian itu memaparkan senarai catatan yang boleh guru-guru jadikan sebagai rujukan dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing.

Berikut 21 penulisan refleksi RPH untuk panduan warga pendidik.

1) Sesi PdP telah mencapai objektif atau target yang diingini.

2) Murid-murid dapat menguasai kesemua aras PdP.

3) Murid-murud dapat menguasai kesemua kemahiran yang dipelajari.

4) Murid-murid dapat menguasai kemahiran pembelajaran secara intensif.

5) Murid-murid dapat menguasai objektif pembelajaran dengan 10 daripadanya mencapai target.

6) Murid-murid dapat menguasai aras satu dan dua daripada hasil pembelajaran.

7) Lima daripada 30 murid-murid tidak menguasai hasil pembelajaran.

8) 10 daripada 30 murid-murid tidak mencapai objektif pengajaran.

9) Lima daripada 30 murid-murid tidak menguasai aras tiga daripada hasil pembelajaran.

10) 10 daripada 30 murid-murid tidak menguasai aras dua daripada hasil pembelajaran.

11) Murid-murid telah menyertai aktiviti PdP dengan jayanya.

12) Sebahagian murid-murid tidak terlibat dalam aktiviti PdP kerana kesuntukan masa.

13) Keseluruhan murid-murid kelihatan tidak seronok kerana ketiadaan BBM yang menarik dan bersesuaian.

14) Sebahagian murid-murid kelihatan tidak seronok kerana ketiadaan BBM yang menarik dan bersesuaian.

15) Hanya sebahagian murid-murid yang mengikuti PdP, manakala bakinya tidak bersungguh-sungguh dalam PdP.

16) Sebahagian pelajar tiada di dalam kelas kerana menghadiri aktiviti luar kelas.

17) PdP ditangguhkan kerana menghadiri mesyuarat atau mesyuarat guru.

18) PdP ditangguhkan kerana menghadiri program luar kelas.

19) PdP ditangguhkan kerana menghadiri program luar sekolah.

20) Aktiviti PdP tidak dapat berjalan dengan sempurna pada tempoh yang ditetapkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

21) Sebahagian aktiviti PdP perlu diulang semula kerana murid-murid tidak menguasai objektif pembelajaran.