Kaedah transaksi perbankan dalam talian menjadi pilihan terutama apabila ingin membuat tempahan awal ketika ingin bercuti bersama keluarga melibatkan penginapan, tiket kapal terbang dan banyak lagi.
Selain itu, terdapat juga ibu bapa yang lebih gemar membeli kelengkapan persekolahan secara dalam talian kerana tidak perlu bersesak-sesak malah menjimatkan masa.
Bagaimanapun, menjalankan transaksi perbankan dalam talian perlu menitikberatkan beberapa langkah keselamatan agar tidak 'terkena' dengan manipulasi scammer yang semakin berleluasa hari ini.
Sinar Bestari berkongsi 10 panduan keselamatan transaksi perbankan dalam talian bersama pembaca.
Jom baca!
1. Rahsiakan nama pengguna, kata laluan dan digalakkan menukar kata laluan setiap enam bulan.
2. Guna komputer atau gajet dilengkapi perlindungan antivirus yang sentiasa dikemas kini.
3. Segera log keluar setelah anda selesai menjalankan transaksi dalam talian.
4. Kosongkan cache, cookies dan sejarah pelayar internet setelah selesai menjalan urusan perbankan.
5. Jangan sesekali klik atau buka sebarang e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pautan media sosial yang mencurigakan untuk mengelak serangan phising.
6. Jangan tinggalkan komputer anda tanpa pengawasan apabila sedang melakukan transaksi dalam talian.
7. Sentiasa periksa baki atau penyata akaun untuk memastikan tiada pengeluaran tanpa sah.
8. Membenarkan Multi-Factor Authentication bagi perlindungan tambahan.
9. Jangan melakukan perbankan dalam talian menggunakan WiFi awam.
10. Jika akuan bank telah dikompromi, bertindak pantas dan melaporkan kepada pihak bank atau hubungi pihak berkuasa.
Sumber: - CyberSecurity Malaysia