Michelle Yeoh, alumni SMK Convent Ipoh genggam trofi Pelakon Wanita Terbaik Oscar

Iklan
Michelle telah mengharumkan nama negara dengan kejayaannya merangkul Pelakon Wanita Terbaik Oscar.

Nama Tan Sri Michelle Yeoh menjadi tajuk berita utama negara apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Academy atau Oscar Edisi Ke-95 di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat.

Kemenangan luar biasa itu dinilai berdasarkan lakonan hebat Michelle menerusi filem Everything Everywhere All At Once sekali gus mengangkatnya sebagai wanita Asia pertama yang meraih trofi berprestij tersebut.

Iklan
Iklan

Kejayaan anak jati Ipoh, Perak, pada Oscar Edisi Ke-95 itu telah mengujakan seluruh rakyat di negara ini.

Masakan tidak, kemenangan Michelle bukan calang-calang. Beliau telah menewaskan nama besar seperti Cate Blanchett, Andrea Riseborough, Ana De Armas dan Michelle Williams sebelum dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik seterusnya melakar sejarah baharu dalam industri perfileman antarabangsa.

Kredit foto: Instagram Michelle Yeoh

Iklan

Dek pencapaian luar biasa Michelle itu, Sinar Bestari kongsikan serba sedikit biodata pelakon wanita yang sering melakukan aksi stunt dalam filemnya.

Beliau adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent iaitu sebuah sekolah yang terletak di Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh, Perak.

Iklan

Hebat sungguh SMK Convent Ipoh ini kerana berjaya melahirkan anak tempatan pertama yang memenangi trofi Oscar. Salute!

Mari ikuti sebahagian latar belakang Michelle sebagai perkongsian bersama!

1) Nama sebenarnya Michelle Yeoh Choo Kheng dan lahir pada 6 Ogos 1962 di Ipoh, Perak.

2) Michelle berasal dari keluarga Cina tempatan etnik Hokkien dan Kantonis.

3) Bapanya Datuk Yeoh Kian Teik manakala ibu, Datin Janet Yeoh.

4) Michelle bersekolah di SMK Convent Ipoh dan ketika berusia 15 tahun beliau mengikuti ibu bapanya berpindah ke United Kingdom (UK).

Kredit foto: Instagram Michelle Yeoh

5) Sejak kecil lagi Michelle meminati balet dan mula berlatih tarian itu ketika berusia 4 tahun.

6) Semasa berada di UK, Michelle mengikuti pengajian di Royal Academy of Dance yang menfokuskan pembelajaran dan latihan tarian klasik balet.

7) Michelle memberi tumpuan sepenuhnya dalam tarian balet. Namun disebabkan mengalami kecederaan, ia menghalangnya daripada menjadi penari balet profesional.

8) Pelbagai anugerah telah diraih oleh Michelle sepanjang pembabitan beliau dalam industri lakonan. Antara anugerah yang telah dirangkulnya adalah Pelakon Wanita Terbaik Oscar; Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi, Anugerah Golden Globe dan Pelakon Wanita Terbaik, Screen Actors Guild Awards (SAG).