8 panduan untuk pelajar ketika parkir motosikal di sekolah

Iklan
Kredit foto: Facebook SMK Tun Abang Haji Openg

Sesi persekolahan Kalendar Akademik 2023/2024 baru sahaja membuka tirainya pada Ahad (bagi Kumpulan A) dan Isnin (Kumpulan B) lalu.

Bermacam gelagat murid dan pelajar yang dapat dilihat terutama bagi mereka yang baharu sahaja menjejakkan kaki ke sekolah.

Iklan
Iklan

Ada yang teruja bertemu rakan baharu, ada yang menangis, enggan bercakap, berdikari dan sebagainya.

Situasi sebegini adalah perkara normal setiap kali sesi persekolahan bermula. Apa-apa pun Sinar Bestari mendoakan agar semuanya berjalan lancar.

Iklan

Sementara itu, berbicara mengenai kenderaan yang sering digunakan oleh pelajar untuk ke sekolah, Sinar Bestari percaya ramai dalam kalangan mereka menaiki motosikal sama ada secara individu atau bersama rakan.

Motosikal yang dinaiki kebiasaannya akan diletakkan di kawasan sekolah yang telah disediakan.

Iklan

Tidak kurang juga ada yang meletakkan kenderaan beroda dua itu di luar kawasan sekolah seperti di bawah pokok, di laman rumah rakan dan lain-lain lagi.

Bagi pelajar yang meletakkan motosikal di sekolah, terdapat beberapa panduan penting yang perlu mereka patuh.

Jom Sinar Bestari kongsikan sebahagian daripadanya seperti dipetik menerusi laman Facebook SMK Tun Abang Haji Openg.

1) Sila parkir motosikal pelajar secara bersebelahan. Jangan parkir motosikal dengan meninggalkan jarak yang luas berbanding motosikal bersebelahan.

2) Parkir motosikal dengan kemas dan teratur.

3) Pelajar dibenarkan parkir motosikal di kedua-dua belah bahu jalan. Utamakan parkir disebelah bahu jalan yang mempunyai palang bagi memasang rantai dan kunci tambahan (panduan ketiga ini merujuk kepada lokasi parkir sekolah masing-masing).

4) Pastikan motosikal anda tidak menganggu laluan guru dan pelajar yang lain ketika waktu datang dan pulang dari sekolah.

5) Pastikan mengunci motosikal dengan betul dan tidak meninggalkan kunci di kenderaan beroda dua itu.

6) Mohon pelajar memasang kunci kedua sebagai langkah keselamatan. Anda juga digalakkan untuk memasang rantai berkunci di palang yang disediakan. Ia bagi mengelakkan kecurian motosikal berlaku.

7) Pastikan topi keledar disimpan dan diletakkan dalam keadaan selamat dan sesuai. Sekolah menyediakan kemudahan menyimpan topi keledar untuk pelajar yang mempunyai lesen motosikal (kemudahan ini bergantung kepada sekolah masing-masing).

8) Palang pelajar akan dikunci oleh pengawal keselamatan pada masa yang ditetapkan. Pastikan anda hadir ke sekolah mengikut sesi masing-masing.

Motosikal pelajar adalah tanggungjawab anda. Utamakan keselamatan dan elakkan kecurian.