Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa buat umat Islam apatah lagi kitab suci al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW pada bulan suci ini.
Bulan Ramadan turut memiliki satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan dipanggil Lailatul Qadar.
Memasuki bulan mulia ini, umat Islam juga digalakkan memperbanyakkan berdoa kerana ia merupakan waktu terbaik berikutan terdapat banyak waktu mustajab untuk memohon doa-doa.
Selain itu, amalan puasa jika dilakukan dengan pendekatan yang betul, terdapat banyak hikmah dan kebaikan dari sudut sains mahupun Islam.
Terdapat banyak kajian menunjukkan kesan puasa kepada kesihatan tubuh kita terutama kepada pelajar-pelajar.
Berikut merupakan lapan manfaat berpuasa kepada tubuh badan. Jom baca!
- Membantu dalam menurunkan berat badan.
- Membantu mengawal paras lemak dan kolesterol.
- Membantu meningkatkan kecekapan sistem penghadaman
- Membantu meningkatkan fungsi otak
- Membantu meningkatkan kesihatan jantung
- Membantu mengawal paras gula dalam darah
- Membantu proses detoksifikasi tubuh
- Membantu meningkatkan imuniti badan
*sumber FB Kementerian Komunikasi dan Digital