9 fakta ringkas sejarah skateboard

Iklan
Kredit foto: kadrby/123RF

Biarpun terdapat pelbagai jenis sukan di negara ini, namun sukan ekstrem seperti papan selaju (skateboard) tetap menjadi antara pilihan utama pelajar dan mahasiswa pada masa sekarang.

Ini kerana sukan skateboard memiliki banyak keistimewaan malah ia juga mempunyai gaya dan identiti tersendiri.

Iklan
Iklan

Sukan yang popular pada penghujung tahun 90-an itu berjaya melahirkan ramai bakat-bakat muda yang telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Nama-nama seperti Boy PJ, Joe Ipoh, Pa’din, Am Cheras, Kecik Ampang, Fuad dan ramai lagi telah menjadi ikon dalam kalangan pelajar dan mahasiswa sekali gus mengangkat Malaysia sebagai negara yang memiliki bakat remaja sukan lasak di mata dunia.

Iklan

Lagenda skateboard tersohor, Ahmad Fadzil Musa atau lebih dikenali Pa’din Musa berkata, skateboard merupakan sukan yang sangat mencabar dan menyeronokkan.

"Bermain skateboard bukan sahaja memerlukan individu itu bijak mengawal pergerakan dan keseimbangan diri tetapi mereka juga perlu memberi perhatian kepada keadaan sekeliling bagi mengetahui tahap kelajuan serta segala halangan yang ada.

Iklan

"Selain itu, skateboard turut memerlukan individu melakukan pelbagai pergerakan mencabar seperti melompat, berputar, meluncur, melakukan ramp trick, menjunam dan sebagainya.

"Justeru, keberanian sangat diperlukan oleh setiap pemain. Jangan takut sekiranya terjatuh atau mengalami luka ringan,” katanya yang pernah mengharumkan nama negara dengan menjuarai Asian X Games sebanyak dua kali pada 2000 di Phuket dan 2004 di Kuala Lumpur.

Sementara itu, bagi pelajar Tingkatan Tiga, Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSeMKL), Fasha Nur Mellyssa Muhammad Faisal, skateboard memerlukan konsistensi dan latihan yang berterusan.

"Pemain perlu kerap menjalani latihan dan bersedia mental serta fizikal sekiranya ingin serius dan bergelar atlet yang berjaya kelak,” ujar anak kepada Apai Cheras iaitu salah seorang ikon skateboard negara.

Memandangkan sukan ini mempunyai peminatnya tersendiri, Sinar Bestari terpanggil untuk berkongsi sejarah ringkas mengenainya.

Selanjutnya, jom selami sembilan fakta ringkas sejarah skateboard sebagai pengetahuan bersama!

1) California adalah negara pengasas sukan skateboard di mana pada masa itu para peluncur air mendapati ombak terlalu kecil untuk mereka meluncur lantas masing-masing berpakat meletakkan roda pada papan supaya boleh meluncur di atas daratan.

2) Skateboard terawal muncul pada 1900-an dan pada masa itu rupanya lebih kepada skuter dan mempunyai 'handle'.

3) Papan selaju yang pertama sekali dikomersialkan ialah pada 1959 di mana Roller Derby Skateboard adalah pemangkin dunia perniagaan sukan berkenaan.

4) Kerajaan Norway telah mengharamkan penggunaan dan penjualan papan selaju pada 1978 hingga 1989 kerana berlaku terlalu banyak kecederaan menerusi sukan ekstrem ini.

5) Para peluncur dari Norway pula telah membina 'ramp' di kawasan-kawasan tersembunyi untuk mengelak daripada pengharaman sukan berkenaan.

6) Pada awal 1970-an, Frank Nasworthy telah memperkenalkan roda papan luncur yang diperbuat daripada 'polyurethane'.

7) Pada tahun 1976, Florida telah membina taman skatepark 'outdoor' yang pertama. Setelah itu hampir ke seluruh Amerika mempunyai skatepark tersendiri dan sukan skateboard telah mula dimainkan secara vertical (terbang di udara) berbanding horizontal iaitu di atas jalan rata.

8) Jim Muir dan Wes Humpston adalah orang pertama yang berjaya mengkomersialkan papan selaju yang mempunyai grafik. Ia dipasarkan di bawah jenama Dogtown.

9) The United States Marine Corps pernah menggunakan papan selaju sebagai uji kaji bagi latihan mengesan 'sniper fire dan trip wires' pada 1990-an