Sukar skor A dalam Kimia? Ini koleksi tip untuk pelajar dapat keputusan cemerlang bagi subjek itu

Iklan
Kredit foto: Chokniti Khongchum/Pexels

Mata pelajaran Fizik, Kimia dan Biologi merupakan subjek yang digeruni buat pelajar yang mengikuti aliran Sains Tulen di sekolah masing-masing.

Mereka beranggapan ketiga-tiga subjek itu menakutkan dan sukar lulus apatah lagi untuk skor A dalam mata pelajaran berkenaan.

Iklan
Iklan

Sinar Bestari berpandangan, tiga subjek ini mudah dan menyeronokkan sekiranya pelajar mempunyai minat dan bersemangat tinggi dalam memahami formula setiap subjek.

Selain itu, usaha keras tanpa mengira penat lelah turut membantu pelajar skor A dalam Fizik, Kimia dan Biologi.

Iklan

Sebagai membantu adik-adik untuk cemerlang dalam subjek berkenaan, Sinar Bestari kongsikan empat tip skor A bagi mata pelajaran Kimia.

Empat tip itu terdiri daripada

Iklan

1) Memahami konsep Kimia

  • Memahami konsep sesuatu topik itu sangat penting bagi subjek ini. Sebagai contoh, untuk topik jadual berkala, pelajar perlu mengetahui kumpulan jadual berkala bermula Kumpulan Satu hingga Kumpulan 18. Selain itu, pelajar juga perlu memahami fungsi-fungsi bagi setiap kumpulan, misalnya fungsi gas neon, xenon, helium dan kripton.

2) Mahir dalam pengiraan dan persamaan Kimia

  • Selain membentuk formula dan persamaan Kimia, pelajar juga perlu mahir dalam pengiraan dan menggunakan formula bagi menghitung Jisim Atom Relatif (JAR) dan Jisim Molekul Relatif (JMR) sesuatu bahan. Formula yang digunakan juga perlu betul agar jawapan yang dikira adalah tepat.

3) Memahami aplikasi Kimia dalam kehidupan

  • Memahami aplikasi ini dapat meningkatkan tahap kefahaman pelajar dan membantu mereka untuk mengetahui fungsi ilmu Kimia yang dipelajari. Contohnya bagi topik Kimia Tingkatan Empat, anda perlu belajar tentang aplikasi Kimia dalam kehidupan seperti bidang perubatan dan farmasi (penggunaan bahan kimia untuk perubatan), pertanian (pembuatan baja dan hormon pertumbuhan) dan industri (cat dan polimer).
  • Selain itu, bagi topik isotop pula, pelajar perlu mengetahui definisi isotop dan juga penggunaannya dalam bidang perubatan, pertanian dan industri.
  • Bagi topik asid, bes dan garam pula, anda juga perlu memahami aplikasinya dalam kehidupan seperti penggunaan antasid bagi pesakit gastrik dan penggunaan kalur bagi tanah pertanian yang berasid.

4) Mempunyai tutor peribadi

  • Bagi subjek kritikal seperti ini, sesetengah pelajar memang merasakan tidak cukup dengan hanya belajar dan habiskan silibus di sekolah sahaja. Jadi, pelajar perlukan lebih masa untuk belajar. Oleh itu, mereka perlukan ‘guide’ daripada tutor peribadi untuk lebih memahami silibus dan menguasai teknik menjawab soalan.