Pembayaran kenaikan elaun guru KAFA melalui kerajaan negeri

Iklan
Gambar hiasan - Foto kredit Masjid MABA/Unsplash

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menyalurkan pembayaran kenaikan elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) melalui kerajaan negeri.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, pembayaran kenaikan elaun guru KAFA akan dibayar secara tunggakan bermula Januari 2023 kepada semua guru KAFA di seluruh negara apabila menerima peruntukan berkenaan.

Iklan
Iklan

"JAKIM amat memahami kegusaran beberapa pihak mengenai pembayaran kenaikan elaun guru KAFA dan bantuan secara one-off kepada imam, bilal, siak, guru KAFA dan guru takmir yang diumumkan Perdana Menteri ketika pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari lalu.

"Penyaluran semua pembayaran berkenaan akan diuruskan JAKIM melalui kerajaan negeri sebaik sahaja peruntukan tersebut diterima,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Iklan

Hakimah menegaskan, JAKIM menafikan dakwaan pihak tertentu mengatakan bahawa bayaran bantuan one-off kepada imam, bilal dan guru KAFA tidak termasuk dalam senarai bantuan oleh pihak kerajaan.

Pada pembentangan Belanjawan 2023, kerajaan bersetuju untuk menaikkan elaun bagi 35,000 guru KAFA sebanyak RM100.

Iklan

Selain itu, kerajaan akan memberikan sumbangan khas RM600 kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir.

Sebanyak RM1.5 bilion diperuntukan berkaitan hal ehwal Islam untuk memastikan institusi Islam dalam negara Madani ini menjadi contoh terbaik dalam kecekapan pentadbiran.