Seni anyaman selonsong ketupat, kekal tradisi Hari Raya Aidilfitri

Iklan

Sambutan Hari Raya Aidilfitri sudah pasti akan lebih meriah dengan sajian ketupat digandingkan bersama rendang.

Dua makanan berkenaan cukup sinonim dengan perayaan umat Islam selepas sebulan berpuasa.

Iklan
Iklan

Begitupun, sejak kebelakangan ini, pembikinan ketupat secara tradisional yang menggunakan selonsong diperbuat daripada daun kelapa semakin kurang mendapat tempat dalam kalangan penggemar makanan.

Senario tersebut kemungkinan berlaku disebabkan beberapa faktor masa terhad, sukar memperoleh daun kelapa, tidak memiliki kemahiran menganyam ketupat dan banyak lagi.

Iklan

Bahkan, nasi himpit ataupun ketupat segera menjadi pilihan berikutan ia lebih mudah dikukus dan tidak mengambil masa terlalu lama untuk dinikmati bersama keluarga serta tetamu-tetamu.

Sinar Bestari ingin berkongsi langkah mudah menganyam selonsong ketupat dalam menyemarakkan lagi suasana tradisi sambutan Syawal.

Iklan

1. Lilitkan daun kepada tiga lilitan

Selepas membuat tiga lilitan daun, kedudukan tangan kiri perlu memastikan kepala daun berada pada bahagian bawah. Tangan kanan pula pastikan kepala daun berada pada bahagian atas.

2. Lilit kedua-dua lilitan

Lipat kedua-dua lilitan paling hujung dan susupkan secara selang-seli. Pastikan ia dilakukan dengan kemas dan terperinci.

3. Ulangi sehingga menjadi tiga barisan kemas

Apabila baris anyaman pertama selesai, baris kedua juga dilakukan anyaman secara berselang-seli. Ia akan dilakukan sehingga baris ketiga dan kelihatan hampir hendak terbentuk selonsong ketupat.

4. Selitkan arah selari ke hadapan

Selepas proses anyaman dilakukan sehingga tiga barisan, pastikan mengambil hujung daun kelapa dan selitkan ke arah selari ke hadapan.

5. Sisipan pertama

Keadaan selonsong ketupat sudah kelihatan semakin kemas dengan sisipan pertama. Hujung daun kedua pula perlu disisip selari mengikut arah sama.

6. Sisip bahagian tengah bucu

Ambil kepala daun kelapa dan sisipkan pada bahagian tengah bucu ketupat serta sisipkan bahagian satu lagi untuk memperkemaskan pembuatan selonsong berkenaan.

7. Tarik hujung anyaman

Secara perlahan-lahan tarik kedua-dua hujung anyaman tersebut dan ia akan terbentuk dengan cantik serta kemas.

8. Sedia untuk dimasak

Apabila sudah terbentuk, pengguna boleh mula memasukkan beras untuk memasak ketupat sempena Hari Raya Aidilfitri.

Sumber/Gambar - Bahagian Pemuliharaan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia).