Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil maklum isu keperluan tiket penerbangan bagi guru yang ingin pulang ke negeri Sabah dan Sarawak bersempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, KPM telah menerima maklumat seramai 10 orang guru yang terdiri daripada pelbagai kaum bersama-sama 48 ahli keluarga mengalami kesukaran untuk mendapatkan tiket penerbangan pulang berhari raya ke negeri itu.
"KPM prihatin dan memahami kesulitan yang dialami dan telah bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor serta Syarikat Penerbangan Air Asia untuk membantu mencari jalan penyelesaian dengan mendapatkan tiket penerbangan guru-guru bersama-sama ahli keluarga yang terlibat.
"Sehubungan itu, kesemua 10 orang guru dan 48 ahli keluarga masing-masing telah memulakan penerbangan menaiki penerbangan Air Asia seawal 17 April dengan menggunakan Waran Perjalanan Udara Awam yang layak diterima,” kata kenyataan itu lagi.
Selain itu, umum mengetahui semua penjawat awam yang layak menerima Waran Perjalanan Udara Awam masih menerima manfaat seumpamanya.
Justeru, hebahan palsu berkenaan tiket penerbangan percuma pada musim perayaan seperti yang diuar-uarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di media sosial adalah berniat untuk mengelirukan dan sedang dalam siasatan pihak polis.
KPM juga sentiasa komited untuk terus memastikan kesejahteraan dan kebajikan para guru sentiasa dipelihara