5 tip kekal sihat dan aktif dalam cuaca panas

Iklan
Cuaca panas dan kering yang berpanjangan ini berpotensi menyebabkan impak negatif terhadap kesihatan seperti strok haba yang boleh mengundang maut.

Fenomena bahang dan cuaca panas yang melanda di kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia pastinya membuatkan rakyat terpaksa ‘berperang’ dengan keadaan itu sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Keadaan tersebut juga menyebabkan kita kerap berpeluh dan cecair di dalam tubuh badan berkurangan terutamanya ketika terdedah dengan aktiviti luar yang terbuka untuk jangka masa lama.

Iklan
Iklan

Cuaca panas dan kering yang berpanjangan ini turut berpotensi menyebabkan impak negatif terhadap kesihatan seperti strok haba yang boleh mengundang maut.

Antara kesan yang paling ketara kepada tubuh badan ketika berdepan dengan keadaan sebegini adalah sakit kepala berdenyut, mual, berpeluh berlebihan dan denyutan nadi yang pantas.

Iklan

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), tujuh kawasan di Semenanjung dan dua di Sabah diramal mengalami cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) dengan suhu maksimum boleh mencecah antara 35 hingga 37 darjah celsius.

Kawasan terbabit adalah Kuala Terengganu (Terengganu); Jeli, Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah (Kelantan); Rompin (Pahang) dan Jempol (Negeri Sembilan) serta Beaufort juga Nabawan (Sabah).

Iklan

Situasi ini juga diramalkan akan berlarutan sehingga bulan Ogos susulan musim peralihan monsun.

Melihat kepada situasi ini, Sinar Bestari kongsikan tip yang boleh membantu meredakan bahang kepanasan selain membantu untuk terus kekal sihat dan aktif dalam cuaca panas terutamanya pelajar yang akan kembali bersekolah tidak lama lagi.

Jom kita lihat.

1) Minum air yang mencukupi

Perkara paling penting dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi ketika musim panas ini adalah minum air kosong sebanyak mungkin. Ini untuk mengelakkan dehidrasi daripada berlaku. Elakkan mengambil minuman berkafein dan manis kerana minuman seperti ini akan mempercepatkan lagi dehidrasi.

2) Lalukan air sejuk pada pergelangan tangan

Dinasihatkan untuk mencuba meletakkan kain basah atau lalukan air sejuk pada pergelangan tangan selama beberapa saat. Ini kerana salah satu saluran darah utama terletak pada pergelangan tangan yang boleh memberikan rasa sejuk dengan pantas.

3) Pakai krim SPF

Amat digalakkan untuk memakai krim pelindung matahari atau Sun Protection Factor (SPF) terutamanya ketika terlibat dengan aktiviti luar. Pemakaian krim sebegini akan membantu mengurangkan risiko kanser kulit.

4) Jaga pengambilan makanan

Mereka yang terlibat dengan aktiviti luar setiap hari dinasihatkan untuk makan dengan kerap tetapi dakan kuantiti yang sedikit. Ini kerana sekiranya makan dalam kuantiti banyak dengan pengambilan kadar karbohidrat yang tinggi akan menaikkan kadar metabolisme dan ia akan membuatkan badan terasa panas.

5) Hadkan aktiviti luar

Melihat kepada cuaca panas dan kering sejak akhir-akhir ini amat penting untuk sekolah khususnya guru-guru mengehadkan aktiviti luar pelajar-pelajar. Masih terdapat pelbagai lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan walaupun hanya di dalam bilik darjah.