Kenang jasa warga Sekolah Menengah Pulau Nyior sempena Hari Pekerja

Iklan
Pengawal keselamatan tidak terkecuali diraikan sempena Hari Pekerja,

Dua alumni Sekolah Menengah Pulau Nyior (SMKPN), Jitra, Kedah, membuat kejutan ke pejabat sekolah terbabit dan menyampaikan hamper sempena Hari Pekerja.

Nur Sakinah Samsudin dan Raidah Aqilah Rishal Azmal yang sedang menyambung pengajian di Universiti Malaya (UM) dalam bidang Sastera Sejarah terpanggil untuk mengunjungi warga sekolah itu dan menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

Iklan
Iklan

"Sesungguhnya jasa guru-guru dan warga kerja sekolah ini perlu dihargai kerana mereka sentiasa memastikan pelajar-pelajar mendapat didikan terbaik.

"Kebetulan kami sedang bercuti pertengahan semester dan menyambut perayaan Aidilfitri bersama keluarga.

Iklan

"Justeru, kami mengambil peluang ini untuk bertemu dan mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2023,” kata Nur Sakinah ketika ditemui baru-baru ini.

Pengawal keselamatan tidak terkecuali diraikan sempena Hari Pekerja,

Dalam pada itu, Nur Sakinah memberitahu, dia akan menganjurkan Kelas Tutor subjek Sejarah kepada 40 pelajar tingkatan tiga sekolah tersebut yang merupakan penganjuran bersama UM dan SMKPN bermula 5 hingga 22 Mei ini.

Iklan

Katanya, melalui program berkenaan, pelajar-pelajar akan diberi bimbingan dalam subjek Sejarah dan menerima sijil penyertaan.

"Sebanyak 20 hadiah juga akan disediakan kepada para pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang program ini nanti.

"Saya berharap sambutan Hari Pekerja yang bertemakan Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani kali ini dapat menyemarakkan semangat pekerja di sekolah berkenaan malah di seluruh negara," ujarnya.

Sementara itu, Pengetua SMKPN Ahmad Othman berkata, kejutan yang dilakukan dua alumni berkenaan bukan sahaja sangat bermakna kepada guru sekolah malah berbangga kerana dapat melahirkan pelajar-pelajar menghargai peranan guru dan warga sekolah tanpa mengira jawatan.

"Semoga lebih ramai alumni pelajar sekolah ini dapat kembali ke sekolah bukan sahaja untuk berjumpa dengan guru dan mengenang tempat mereka menimba pelajaran tetapi dapat membantu pihak sekolah menganjurkan program-program bermanfaat kepada pelajar sekolah,” katanya.