PIBKS saran kelas tambahan buat murid gagal kuasai 3M

Iklan
Kelas tambahan ini diadakan bagi membantu murid menguasai 3M.

Penglibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta (PIBKS) Kedah telah menyarankan untuk mengadakan kelas tambahan khusus bagi murid-murid yang gagal dalam menguasai kemahiran asas membaca, mengira dan menulis (3M).

Menurut Pengerusinya, Zainol Abidin Mohamad, langkah intensif itu perlu disebabkan wujudnya isu ‘buta huruf’ dalam kalangan murid yang akan mendatangkan impak buruk dalam sistem pendidikan negara.

Iklan
Iklan

Tambah beliau, sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) hendaklah berganding bahu bagi mengesan murid-murid bermasalah ini selain memasukkan mereka ke dalam kelas tambahan.

"Tidak boleh harapkan kelas di sekolah semata-mata. Kami amat mengharapkan ibu bapa untuk memberi sokongan dalam menjayakan usaha ini.

Iklan

"Kita perlu melakukan sesuatu bagi memastikan generasi ini tidak akan jauh ketinggalan dalam dunia pendidikan.

"Malah perkara ini sangat serius kerana sekiranya murid Tahun Satu dan Dua gagal menguasai 3M, apabila mereka ke Tahun Tiga pasti akan berdepan masalah besar ditambah pula dengan silibus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang sangat mencabar,” katanya.

Iklan

Jelas Zainol Abidin, isu buta huruf turut dikesan di Kedah dan PIBKS dalam perancangan untuk menguruskan perkara berkenaan.

"Kami berharap Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil serius akan perkara ini.

"Walaupun saya tiada data tetapi ada beberapa guru memaklumkan murid Tahun Satu dan Dua ketika pandemik Covid-19 pada 2020 tidak dapat menghadiri Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) dan prasekolah,” ujarnya.