Biodata ringkas 25 nabi untuk rujukan pelajar

Iklan
Kenali 25 nabi sebagai pengetahuan bersama.

Kisah-kisah nabi sering kali menjadi bahan penceritaan ibu bapa kepada anak-anak.

Ada yang berkongsi di waktu pagi dan ada juga yang bercerita sebelum si kecil melelapkan mata.

Iklan
Iklan

Bagaimana dengan senario hari ini? Masih adakah ibu bapa yang meluangkan masa berbicara tentang latar belakang nabi kepada anak-anak?

Sinar Bestari tertarik dengan fakta yang dikongsi menerusi blog Shafiqolbu berkenaan biodata ringkas 25 Nabi.

Iklan

Justeru itu, kami sertakan di sini info-info berkenaan sebagai panduan dan rujukan para pelajar.

Semoga bermanfaat!

Iklan

1) Nabi Adam

Dianggarkan baginda hidup pada tahun 5872-4942 Sebelum Masihi (SM) di sekitar kawasan yang kini dikenali sebagai Sri Lanka.

2) Nabi Idris

Nabi Idris bin Yarid bin Mahlail dari keturunan Nabi Syits bin Adam. Dianggarkan baginda hidup sekitar 4533-4188 SM.

3) Nabi Nuh

Nabi Nuh bin Malik bin Mutawashlih bin Idris dari keturunan Nabi Syits bin Adam. Dianggarkan baginda hidup pada 3993-3043 SM dan diangkat menjadi nabi pada 3650 SM.

4) Nabi Hud

Nabi Hud bin Abdullah bin Rabah bin Al-Khulud dari keturunan Sam bin Nuh. Baginda hidup pada 2450-2320 SM.

5) Nabi Shaleh

Nabi Shaleh bin Ubaid bin ‘Ashif dari keturunan Sam bin Nuh.

6) Nabi Ibrahim

Nabi Ibrahim bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh. Baginda tinggal di Kaldaniyyun, Ur iaitu negeri yang disebut Iraq. Nama baginda disebutkan sebanyak 69 kali dalam al-Quran dan wafat di Alkhalil, Hebron, Palestin.

7) Nabi Luth

Nabi Luth bin Haran bin Azar bin Nahur dari keturunan Sam bin Nuh.

8) Nabi Ismail

Nabi Ismail bin Ibrahim Azar bin Nahur keturunan Sam bin Nuh.

9) Nabi Ishaq

Nama baginda disebutkan sebanyak 17 kali di dalam al-Quran dan wafat di Alkhalil Hebron, Palestina.

10) Nabi Ya’qub

Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Syam. Baginda wafat di Alkhalil Hebron, Palestina.

11) Nabi Yusuf

Nabi Yusuf bin Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil dan Hyksos di Mesir. Baginda wafat di Nablus, Palestina.

12) Nabi Syu’aib

Wafat di Madyan.

13) Nabi Ayyub

Nabi Ayyub bin Amwas bin Zarih dari keturunan Ibrahim. Mempunyai 26 anak dan wafat di Huran di Syam.

14) Nabi Zulkifli

Baginda mempunyai dua anak dan wafat di Damaskus Syiria.

15) Nabi Musa

Baginda ditugaskan berdakwah kepada Mesir Kuno, para Firaun dan Bani Israil di Mesir. Nama baginda disebut sebanyak 136 kali di dalam al-Quran.

16) Nabi Harun

Wafat di Tanah Tih.

17) Nabi Daud

Nabi Daud bin Aisya bin Awid dari keturunan Yahuza bin Ya’qub dan wafat di Baitul Maqdis, Palestin.

18) Nabi Sulaiman

Berketurunan Yahuza bin Ya’qub.

19) Nabi Ilyas

Dari keturunan Harun bin Imran dan baginda tidak wafat tetapi diangkat ke sisi ALLAH.

20) Nabi Ilyasa’

Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil dan orang-orang Amoria di Panyas, Syam. Wafat di Palestin.

21) Nabi Yunus

Baginda wafat di Ninawa di Iraq.

22) Nabi Zakaria

Mempunyai seorang anak dan wafat di Syam.

23) Nabi Yahya

Yahya bin Zakaria dari keturunan Sulaiman bin Daud dan wafat di Damaskus Syiria.

24) Nabi Isa

Baginda ditugaskan berdakwah kepada Bani Israil di Palestin. Baginda juga tidak wafat melainkan diangkat ke sisi ALLAH.

25) Nabi Muhammad

Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib dari keturunan Ismail bin Ibrahim. Baginda ditugaskan berdakwah kepada seluruh manusia dan alam semesta. Tinggal di Mekah dan Madinah serta wafat di Madinah.