Kelayakan umur memperolehi lesen memandu, berikut info lengkap yang harus ibu bapa dan pelajar fahami

Iklan
Beberapa perkara akan dinilai sebelum individu mendapatkan lesen memandu.

Kebelakangan ini kelihatan ramai pemandu dan penunggang motosikal dalam kalangan pelajar yang tidak mempunyai lesen memandu ditahan pihak polis dan diambil tindakan selanjutnya atas kesalahan dilakukan.

Walaupun ada antara pesalah merayu ketika ditahan, namun polis trafik tidak sesekali berkompromi dan tetap menjalankan tugas mereka dengan memberikan saman kompaun atau terus didakwa ke mahkamah.

Iklan
Iklan

Dalam kes ini, hanya ada satu cara sahaja untuk mengelakkan diri daripada disaman dan membahayakan diri sendiri serta orang lain akibat ketiadaan lesen memandu.

Dan cara tersebut adalah dengan mendapatkan lesen memandu seperti lesen motor atau kereta mengikut peraturan yang telah ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Iklan

Sinar Bestari senaraikan beberapa kelayakan asas yang sepatutnya dipenuhi oleh masyarakat terutamanya pelajar yang ingin mengambil lesen motor atau kereta di negara ini.

Kelayakan-kelayakan asas tersebut terdiri daripada kelayakan umur; tahap kesihatan bakal pemandu; boleh melihat dengan baik sehingga jarak sekurang-kurangnya 23 meter; tidak buta warna serta mampu memahami peraturan dan undang-undang jalan raya di Malaysia.

Iklan

Untuk kategori kelayakan umur, setiap individu yang ingin mendapatkan lesen memandu perlu melepasi kriteria umur minimum yang ditetapkan bergantung pada jenis dan kelas lesen memandu.

Kriteria umur yang ditetapkan adalah

1) 16 tahun dan ke atas – Lesen motor Kelas A, B2, B penuh atau C.

2) 17 tahun dan ke atas – Lesen kereta Kelas D atau DA.

3) 21 tahun dan ke atas – Lesen memandu Kelas E hingga Kelas I (memiliki lesen kompeten atau Competent Driving License (CDL) yang sah).

Untuk huraian penuh bagi setiap kelas kenderaan, di sini Sinar Bestari senaraikan maksud sebagai panduan bersama.

Kelas A - Kenderaan Orang Cacat (Motosikal) dengan berat tanpa muatan tidak melebihi 450 kilogram (kg).

Kelas B - Motosikal (Perseorangan), melebihi 500cc.

Kelas B2 - Motosikal tidak melebihi 250cc.

Kelas C - Motosikal tiga roda.

Kelas D - Motokar, berat tanpa muatan tidak melebihi 3,500 kg.

Kelas DA - Motor tanpa pedal klac, berat tanpa muatan tidak melebihi 3,500 kg.

Kelas E - Motokar berat, berat tanpa muatan melebihi 7,500 kg.

Kelas I - Traktor atau jentera bergerak berat (berantai), berat tanpa muatan melebihi 5,000 kg.

Diharapkan perkongsian mengenai kelayakan asas berkaitan lesen memandu ini dapat dijadikan contoh oleh ibu bapa dan pelajar yang merancang mahu mengambil lesen kenderaan tidak lama lagi.

Ingat, jangan memandu tanpa miliki lesen yang sah kerana ia sangat berbahaya dan boleh mendatangkan risiko kepada diri serta masyarakat sekitar.