Pengetua Maldives timba ilmu di SMK Seksyen 19

Iklan
Pengetua sekolah, Rohana menyerahkan cenderahati sebagai kenang-kenangan kepada wakil pengetua dari Maldives, Fathmath.

Pendidikan merupakan hak asasi semua golongan manusia termasuklah mereka yang terdiri daripada murid bekeperluan khas (MBK).

Walaupun kaedah pembelajaran lebih menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan dan pencapaian, ia bukanlah satu alasan untuk mengetepikan hak pelajar MBK ini mendapatkan pendidikan yang selayaknya.

Iklan
Iklan

Malah jika dilihat hari ini terdapat banyak sekolah mula mewujudkan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bagi memberi pendedahan kepada pelajar MBK supaya mereka juga mampu mencapai kejayaan pada masa depan.

Bukan itu sahaja, PPKI negara ini turut menarik minat pendidik-pendidik luar negara untuk mengadakan lawatan bagi melihat sendiri bagaimana pengurusan pelajar MBK di sini.

Iklan

Ini termasuklah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19, Shah Alam, Selangor yang menerima kunjungan delegasi pengetua-pengetua sekolah di Maldives bagi sesi pertukaran maklumat dan pendapat tentang sistem PPKI.

Rohana Jaafar

Pengetua SMK Seksyen 19, Rohana Jaafar berkata, pihaknya menyambut baik kedatangan pengetua-pengetua dari Republic of Maldives ini bagi berkongsi sedikit sebanyak ilmu melibatkan PPKI agar pelajar-pelajar MBK seluruh negara mendapatkan pendidikan yang sepatutnya.

Iklan

Ujar beliau, PPKI sekolah ini terbahagi kepada tiga tahap bermula rendah, sederhana dan tinggi.

"PPKI sekolah ini mempunyai 17 kelas yang terdiri daripada 191 pelajar dengan kepelbagaian kategori seperti autism, sindrom down dan lembam (slow learner).

"Mereka ini lebih didedahkan dengan kemahiran-kemahiran seperti multimedia interaktif memasak dan pembuatan roti.

"Bukan itu sahaja, pelajar PPKI ini turut terlibat dengan aktiviti korikulum antaranya sukan, kesenian dan lain-lain lagi bagi menambah pengalaman dan pengetahuan mereka," ujarnya ketika berucap pada program delegasi pengetua-pengetua Republic of Maldives pada Khamis.

Turut hadir, Pengetua Huvadhoo School, Republic of Maldives, Dr Fathmath Shaistha Ali; Timbalan Pegawai Sektor Pembangunan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana, Abdul Rahim Khalid; Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik, Nor Haslina Ibrahim; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Hanizah Hamzah; Penolong Kanan MBK, Imamshah Natarasah dan pengetua-pengetua sekolah, Republic of Maldives.

Fathmath Shaistha Ali

Sementara itu, Fathmath memberitahu, kunjungan pihaknya ke sekolah berkenaan dilihat sebagai satu nilai tambah bagi menambah baik sistem pendidikan MBK di negaranya.

"Saya amat berbesar hati mengadakan kunjungan ke sekolah ini selain melihat bagaimana pengurusan pelajar MBK dapat dijadikan contoh di Maldives.

Pengetua sekolah, Rohana menyerahkan cenderahati sebagai kenang-kenangan kepada wakil pengetua dari Maldives, Fathmath.

"Ini kerana saya berpendapat pendidikan adalah untuk semua tanpa mengecualikan sesiapa dan adalah menjadi kewajipan warga pendidik untuk tidak berputus asa memberikan ilmu pengetahuan kepada mereka," tuturnya.