Mahasiswa UiTM dinobatkan Ratu Unduk Ngadau Tongod

Iklan
Anika Isty (tengah) diapit oleh Hanelda (kiri) dan Linda (kanan) selepas diumumkan Ratu Unduk Ngadau Tongod baru-baru ini.

Sudahlah bijak, cantik pula tu!

Inilah yang dapat Sinar Bestari katakan kepada Anika Isty Norman yang dimahkotakan sebagai Ratu Unduk Ngadau sempena sambutan Pesta Kaamatan daerah Tongod, Sabah pada Rabu.

Iklan
Iklan

Pada pertandingan yang sama, selain memenangi Ratu Unduk Ngadau, Anika Isty, 23, turut dinobatkan Miss Tradisi.

Anika Isty yang merupakan mahasiswa jurusan Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Sabah Kampus Kota Kinabalu mengalahkan Hanelda Veda Leprus, 25 (tempat kedua) dan Linda Kinoton, 27 (tempat ketiga) serta beberapa finalis lain yang berjaya mara ke peringkat akhir.

Iklan

Kemenangan gadis cantik ini telah memberi peluang kepadanya mewakili daerah Tongod dalam saingan jelitawan Unduk Ngadau peringkat negeri yang akan berlangsung di Hongkod Koisaan, Penampang, Sabah pada 30 hingga 31 Mei ini.

Selain anugerah tiga teratas, turut diumumkan dalam pertandingan tersebut adalah anugerah Miss Like FB dan anugerah Miss Favourite yang dimenangi Jeviana Marcos dan Henelda.

Iklan

Kesemua pemenang memenangi hadiah berupa wang tunai, trofi, pakej pelancongan, barangan elektrik dan sijil.

Pada majlis tersebut, Ratu Unduk Ngadau Tongod telah dimahkotakan oleh isteri Wakil Rakyat Kuamut, Sabah, Datin Grace Elvira E Ebin.

Grase (kiri) memakaikan selempang kepada Anika Isty (kanan) yang diangkat sebagai Ratu Unduk Ngadau Tongod.

Sementara itu, perayaan Pesta Kaamatan Tongod telah dirasmikan Menteri Pembangunan dan Kesejahteraan Masyarakat, Datuk James Ratip yang kemudiannya menyampaikan bantuan ihsan kepada 60 pasangan pengantin di daerah itu bersama Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah.

Bantuan RM1,000 kepada setiap pasangan pangantin tersebut merupakan sebahagian daripada manifesto Masiung yang diperkenalkan sejak tahun 2018.