Cemerlang, 6 pelajar tajaan MARA jadi sebutan di Perancis

Iklan
Enam pelajar Mara yang cemerlang di Perancis. Dari kiri (atas), Yasmin Athirah, Hazrul Haziq dan Nur Irdina manakala dari kiri (bawah), Muhammad Haiqal Syahmi, Nurin Anis Farihah dan Ivyiyona.

Barisan nama seperti Nusaybah Maszlee, Safwa Zamri, Julea Qiestyna Abu Zar, Danish Zafran Bazam dan Nur Hanisah Aripin kini menjadi bualan ramai dek kecemerlangan yang ditempa dalam bidang pendidikan.

Nusaybah menggondol enam anugerah siswa di Universiti Georgetown, Qatar manakala Safwa memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) dengan meraih markah tertinggi kertas peperiksaan Recording Financial Transactions (FA1) sesi Mac 2023.

Iklan
Iklan

Terbaharu, enam pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang pada peringkat ‘Diplome Universitaire de Technologie’ (DUT) iaitu setara dengan Ijazah Pertama di Institut Universitaire De Technologie (IUT) Paul Sabatier, Toulouse, Perancis.

Mereka telah menduduki 10 tempat teratas daripada 123 pelajar yang mengikuti pengajian di Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Proses, IUT termasuklah pelajar dari negara Jerman, Sepanyol, Perancis, Tunisia, Madagascar, Algeria, Morocco, Bolivia dan lain- lain negara.

Iklan

Enam pelajar yang dimaksudkan terdiri daripada Yasmin Athirah Ahmad Feisal (Kedudukan: 1/123); Hazrul Haziq Izuan Muhamad (4/123); Nur Irdina Zahra Khairil Rahimi (5/123); Muhammad Haiqal Syahmi Muhammad Helmi (7/123); Nurin Anis Farihah Mohd Azid (8/123) dan Ivyiyona Daniel (9/123).

Kesemua anak-anak didik tajaan MARA berkenaan akan meneruskan pengajian peringkat Grande Ecole (Master of Engineering) dan Grandes Ecoles (School of Engineering) di Perancis bagi tempoh tiga tahun bermula September depan.

Iklan

Menerusi kejayaan tersebut, Sinar Bestari kongsikan hantaran yang dimuat naik MARA Frankfurt menerusi akaun Facebook pada Jumaat.

"Tahniah kepada enam pelajar tajaan MARA. Semoga kecemerlangan ini dapat diteruskan lagi,” tulis catatan tersebut.

Sementara itu, kejayaan anak-anak muda ini secara tidak langsung telah menarik perhatian netizen yang sentiasa teruja dengan kehebatan para pelajar negara ini.

Antara yang melahirkan penghargaan kepada mereka ialah

Abdul Rahman Mohd Yusoff: Tahniah kerana terpilih untuk melanjutkan pengajian di luar negara di bawah tajaan MARA. Anda semua adalah ‘cream of the cream’ dan bakal memimpin negara pada masa hadapan. Jangan hampakan Malaysia dan amanah rakyat.

Mohd Firdaus: Terbaik. Semoga anak-anak muda Melayu yang lain mengikut jejak langkah menimba ilmu seperti ini.

Hajar Yusof: Moga ilmu yang dipelajari bermanfaat untuk keluarga, agama dan negara. Allahumma aamiin.

Zahrina Syarifah: Padu Top 10!

CK Feisal: Well done and congratulations Yasmin, Haziq, Zahra, Syah, Nurin n Ivy.

Juan Fazly: Padu! Tahniah anak MARA.