Langkah mudah bayar balik PTPTN guna KWSP

Iklan
Pembayaran pinjaman PTPTN boleh menggunakan Akaun II KWSP. - Gambar hiasan - Kredit foto Unsplash

Mungkin masih ramai tidak mengetahui terdapat alternatif lain dalam membuat pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan menggunakan Akaun II Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

KWSP membenarkan pencarum atau ahli keluarga pencarum mengeluarkan wang dari Akaun II untuk tujuan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN.

Iklan
Iklan

Permohonan tersebut boleh dibuat secara dalam talian melalui e-Pengeluaran di laman web rasmi KWSP.

Bahkan, terdapat beberapa kelebihan apabila melakukan pembayaran melalui KWSP seperti peminjam dibenarkan menggunakan simpanan daripada Akaun II KWSP peminjam atau pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa (tertakluk kepada syarat-syarat pengeluaran).

Iklan

Selain itu, tiada had pengeluaran, peminjam boleh membayar amaun tunggakan, sebahagian atau sekali gus baki pinjaman pendidikan PTPTN.

Pengeluaran juga boleh dilakukan lebih daripada sekali, selagi Akaun II masih mempunyai baki, tiada caj pemprosesan dikenakan malah boleh menikmati penjimatan kos ujrah serta memendekkan tempoh bayaran balik.

Iklan

Dalam pada itu, jika bayaran balik pinjaman PTPTN dibuat melalui potongan gaji atau debit terus, bayaran balik melalui KWSP masih dibenarkan dan tidak memerlukan dokumen sokongan bagi pengeluaran seterusnya.

Sinar Bestari berkongsi enam langkah untuk membuat permohonan pembayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN melalui i-Akaun KWSP.

Permohonan pembayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN melalui i-Akaun KWSP.

Langkah pertama: - Log masuk i-Akaun KWSP