'SPM saya 1969...hanya 1A. Itu pun subjek Sejarah'- Dr Shukri

Iklan
Kisah hidup Dr Shukri jadi inspirasi semua peringkat usia.

8 Jun nanti keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 akan diumumkan.

Ketika ini, Sinar Bestari yakin yang semua calon-calon berdebar-debar menunggu keputusan peperiksaan.

Iklan
Iklan

Tidak terkecuali, ibu bapa dan penjaga yang tidak dapat tidur lena dan makan tidak berselera kerana memikirkan apakah keputusan SPM yang bakal diperoleh oleh anak-anak.

Bagi yang memperoleh keputusan cemerlang, kami ucapkan tahniah dan semoga terus berjaya di masa akan datang.

Iklan

Bagi yang tidak mendapat keputusan yang diinginkan, jangan cepat putus asa. Perjalanan anda masih lagi panjang.

Mantan Profesor Madya dan Timbalan Dekan Universiti Sains Malaysia, Dr Shukri Abdullah baru-baru ini berkongsi mengenai keputusan SPM dirinya satu ketika dahulu.

Iklan

Perkongsian yang dimuatnaik di Facebook dilihat sebagai satu suntikan semangat yang cukup hebat.

"SPM saya 1969...hanya 1A. Yes betul,” kata penceramah motivasi terkenal itu.

Untuk mengetahui dengan lebih mendalam kisah beliau, jom ikuti perjalanan pendidikan Dr Shukri yang penuh liku dan wajar dijadikan contoh oleh semua pelajar dalam merangkul sebuah kejayaan yang cemerlang.

Ini catatan beliau.

*****

Yang skor tahniah. Yang tidak, bangkit!

Ini cerita saya. SPM saya hampas!!

Ya tahniah, tahniah, tahniah

Saya ucapkan pada anda, ibu bapa dan guru anda atas kejayaan dalam SPM. Continue to work hard for your future.

Yang lain, yang kurang menyerlah

Yang berusaha tapi kurang berhasil

Yang bersungguh-sungguh tetapi kurang menjadi

Dengar sini.

One great advice from me

Never ever give up on your dream

Let me tell you briefly my own story.

SPM saya 1969...hanya 1A

Yes betul

Tau subjek apa? Sejarah

STPM saya 1971 prinsipal B, D, E, E

Tau B subjek apa...Lukisan

Apply kali pertama masuk UM...Gagal

Dapat kerja wartawan Utusan Melayu

Next intake, apply kali kedua USM...Berjaya

Terkejut. Tak menyangka!!!

Entry universiti amat lemah

Keluar universiti tiga tahun kemudian, terbaik

Dapat award best student konvo USM 1976

Top Student dan Student Leader

Saya Presiden Persatuan Mahasiswa Islam USM

Saya dipilih bagi ucapan veledictorian masa konvo.

Apa tu ucapan veledictorian?

Salah seorang graduan penerima ijazah diberi peluang wakili semua graduan bagi ucapan di majlis konvo

Sat sat

Tu budak 1A SPM, tapi top student kat universiti.

Dapat peluang kemudian buat Master di UK

Kemudian buat PhD juga di UK

Last jadi lecturer universiti.

Maaf ini bukan kisah angkat bakul.

Ini cerita semata-mata nak bagi tahu pada anda yang kecewa dengan keputusan SPM, jika pada sesuatu tahap atau peringkat dalam kehidupan kita prestasi diri jatuh.

Ia jatuh. Tu saja.

Janji bersedia untuk terus berusaha.

Yang jatuh boleh bangkit semula.

Jadi bangkit semula.

Umur anda sekarang umum lingkungan 18-19 tahun.

Many many many years ahead a chance to redeem yourself.

Kadang-kadang ia sekadar ujian kecil dari ALLAH.

Tarikh nafas dalam,

Pohon kekuatan dari ALLAH.

Pohon reda ibu bapa.

Teruskan perjuanganmu

Teruskan perjuanganmu.

Teruskan perjuanganmu.

Allahu Akbar.

Sumber: Facebook DrShukri Abdullah