16 jurusan peringkat ijazah yang sukar dapat pekerjaan, mohon pelajar beri perhatian!

Iklan
Sebahagian jurusan yang dikatakan sukar mendapat pekerjaan, antaranya Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kepujian) Matematik dari UiTM.

"Fakhri, kau dapat tawaran universiti mana? Jurusan apa?

"Kau pula Naim, dapat Universiti Malaya (UM) kan? Kos apa? Mesti seronokkan dapat sambung belajar.”

Iklan
Iklan

Begitulah antara soalan demi soalan yang akan ditanya kepada para pelajar lepasan peperiksaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mengenai hala tuju masing-masing.

Bagi yang berjaya mendapat jurusan dan universiti impian, mungkin mereka akan melonjak kegembiraan.

Iklan

Manakala bagi yang tidak direzekikan ALLAH untuk ke menara gading, jangan cepat berputus asa. Sesungguhnya perjalanan hidup anda dalam pembelajaran, masih panjang.

Berbicara mengenai jurusan yang ditawarkan di institut pengajian tinggi (IPT), diakui negara memiliki kepelbagaian bidang menarik untuk dipilih.

Iklan

Bagaimanapun, pelajar diingatkan agar membuat pemilihan jurusan dengan bijak agar mudah mendapat pekerjaan berdasarkan kursus diambil.

Hari ini, Sinar Bestari ingin kongsikan beberapa bidang pengajian peringkat ijazah di IPT Awam yang dikatakan sukar mendapat pekerjaan apabila tamat pembelajaran kelak.

16 senarai yang dipetik di aplikasi TikTok menerusi akaun @myb40info itu telah menarik perhatian ramai sehingga mendapat jumlah tontonan sebanyak 359,300 dan ratusan komen daripada pengguna TikTok.

Sinar Bestari memetik sedikit komen yang diberikan netizen;

Siti4118: Ikut rezeki masing-masing, ada yang dapat kerja dan ada yang tidak. Bersyukurlah!

Shainie: Kita mintak jurusan lain, UPU bagi jurusan lain, nak buat macam mana.

KhairulNizam: Tengok pada sesi temu duga. Jika berkeyakinan dan bijak, pasti akan dapat kerja juga walaupun jurusan diambil tidak popular.

Hafiz: Zaman sekarang ni, siapa yang ambil bidang kemahiran lebih menguntungkan sebab peluang pekerjaan cukup mudah.

Syarifah: Saya Sarjana Muda Ekonomi 2002 dan kerjaya sekarang suri rumah sepenuh masa yang memiliki ijazah.

Mengulas lanjut mengenai 16 senarai jurusan itu, jom kami tunjukkn beserta peratusan secara keseluruhannya.

Sebagai info tambahan, peratusan yang dinyatakan ini merujuk kepada Kebolehpasaran Graduan (GE) yang bermaksud keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan, melanjutkan pengajian, meningkatkan kemahiran dan menunggu penempatan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.

Sebagai contoh: GE = 60 peratus iaitu hanya enam dari 10 graduan mendapat pekerjaan.

Berikut 16 senarai jurusan yang dimaksudkan.

1) Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kepujian) Matematik, Universiti Teknologi MARA (UiTM) - 69.4 peratus

2) Sarjana Muda Penulisan (Kepujian) Penulisan Kreatif, UiTM - 69.2 peratus

3) Sarjana Muda Pengurusan Taman dan Ameniti (Kepujian), UiTM - 69 peratus

4) Sarjana Muda Sains (Kepujian) Dalam Agroteknologi (Bioteknologi Tumbuhan), UiTM - 69 peratus

5) Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Dengan Kepujian, Universiti Sains Malaysia (USM) - 68.4 peratus

6) Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains, Universiti Malaya (UM) - 67.1 peratus

7) Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia, UiTM - 66.7 peratus

8) Sarjana Muda Teknologi (Alam Sekitar) Dengan Kepujian, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) - 65.6 peratus

9) Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kepujian) Kimia, UiTM - 64.3 peratus

10) Sarjana Muda Seni Reka Logam Kontemporari (Kepujian), UiTM - 64 peratus

11) Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kimia Dengan Pengurusan, UiTM - 63.9 peratus

12) Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah, UM - 60 peratus

13) Sarjana Muda Sains (Matematik Gunaan) Dengan Kepujian, UMT - 60 peratus

14) Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) (Kimia Industri), USM - 59.3 peratus

15) Sarjana Muda Kewangan Dengan Kepujian, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) - 50 peratus

16) Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam) Dengan Kepujian, UMT - 40 peratus