Baru-baru ini, Pencetus Ummah (PU), Rahmat Ikhsan ada memuat naik beberapa tip penting bagaimana cara untuk calon mengambil keputusan SPM.
Tip-tip tersebut lebih menjurus kepada apa yang perlu pelajar lakukan sebelum tiba dan berada di sekolah.
Untuk mengetahui lebih lanjut, jom kita lihat apa yang dikatakan oleh PU Rahmat ini.
1) Jangan pergi mengambil keputusan dalam keadaan pakaian tidak menutup aurat.
2) Datang awal dan beramah mesra bersama guru-guru kerana mungkin selepas beberapa tahun, pelajar baru dapat ke sekolah semula.
3) Jangan paksa kawan lain berkongsi keputusan peperiksaan mereka. Hormati privasi rakan-rakan lain.
4) Jangan menjerit gembira jika mendapat keputusan cemerlang kerana ia akan menganggu emosi kawan yang lain. Bersyukurlah jika mendapat keputusan cemerlang dan ucap alhamdulillah.
5) Hubungi ibu bapa walau apapun keputusan yang diterima.
6) Jangan perli dan busuk hati pada orang lain.
7) Selepas dapat keputusan, terus pulang ke rumah.
8) Kurangkan bergambar. Banyakkan berkongsi kata-kata semangat.
9) Jangan kemas kini keputusan di laman sosial.