10,109 calon SPM 2022 peroleh semua A

Iklan
Tahniah kepada calon-calon SPM yang berjaya memperoleh semua A dalam peperiksaan berkenaan.

Seramai 10,109 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran, umum Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali hari ini.

Mengumumkan keputusan peperiksaan SPM 2022 di Putrajaya, beliau berkata, pencapaian calon SPM pada 2022 adalah lebih baik apabila merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 4.74 berbanding 4.86 pada tahun sebelumnya.

Iklan
Iklan

Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.

Seramai 373,974 calon menduduki SPM 2022.

Iklan

"Seramai 75,322 calon SPM 2022 pula merekodkan pencapaian kepujian iaitu sekurang-kurangnya gred C untuk semua mata pelajaran," katanya. - BERNAMA

Iklan