Thurayya Fadhilah, anak Menteri Pendidikan raih 9A SPM 2022

Iklan
Thurayya Fadhilah merancang untuk menyambung pengajian dalam bidang Sains Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kelak.

Gembira seorang ibu!

Begitulah gambaran yang dapat diberikan oleh Sinar Bestari tatkala melihat sekeping gambar yang tular hari ini!

Iklan
Iklan

Gambar yang mempamerkan senyuman manis seorang ibu yang begitu gembira dan ceria apabila anaknya mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 benar-benar menarik perhatian ramai.

Ibu berkenaan iaitu Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkongsi momen manisnya di mana anak perempuan, Thurayya Fadhilah Mohd Fadzli, 18, berjaya mencipta rekod cemerlang dengan memperoleh keputusan 9A dan 2B+ dalam SPM 2022.

Iklan

Merupakan pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kuala Lumpur, Thurayya Fadhilah telah membanggakan keluarganya biar pun dia tahu, ibu tercinta sentiasa sibuk dengan tugas dan tanggungjawab sebagai Menteri Pendidikan.

Fadhlina yang hadir ke sekolah tersebut pagi ini, dilihat duduk di kerusi bersama ibu bapa yang lain bagi mengikuti pengumuman rasmi keputusan peperiksaan SPM peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), di SMA MAIWP.

Keputusan SPM 2022 bagi WPKL mencatatkan Gred Purata Negeri (GPN) sebanyak 4.75, lebih baik berbanding SPM 2021 (4.81) dengan GPN mengecil sebanyak 0.06 mata.

Iklan

Seramai 17 calon daripada keseluruhan pelajar yang menduduki SPM di WPKL pada tahun 2022 berjaya memperoleh keputusan cemerlang tertinggi (Gred A+), bagi semua mata pelajaran.

Ia sekali gus mencatatkan peratusan sebanyak 0.11 peratus daripada 15,102 keseluruhan pelajar.

Sebelum itu, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali mengumumkan seramai 10,109 calon SPM 2022 seluruh negara memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.

Pengumuman yang dibuat di Putrajaya itu, adalah lebih baik apabila merekodkan GPN sebanyak 4.74 berbanding 4.86 pada tahun sebelumnya.