Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 yang menerima keputusan masing-masing pada Khamis.
Menerusi catatan di laman Facebooknya, Anwar berkata, keputusan cemerlang yang diperoleh dalam SPM 2022 itu dapat memberi lonjakan bermakna untuk mendepani langkah seterusnya.
Beliau juga turut menitipkan nasihat kepada calon yang tidak mendapat keputusan membanggakan dalam peperiksaan tersebut.
"Kepada yang tidak, ini bukan pengakhiran, sebaliknya harus bangkit kuat dengan tekad dan azam untuk cipta kejayaan baharu.
Iklan
"Salut saya kepada ibu bapa dan warga pendidik yang berterusan beri dukungan kepada anak bangsa kita,” ujarnya.
Iklan