9 biasiswa buat lepasan SPM

Iklan
Kredit foto: Freepik

Masih terasa kehangatan suasana mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang berlangsung pada Khamis di sekolah-sekolah seluruh negara.

Dengan keputusan tersebut, bermulalah satu perjalanan hidup baharu pelajar-pelajar lepasan SPM sama ada ingin menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi atau sebaliknya.

Iklan
Iklan

Namun, pelajar-pelajar ini digalakkan untuk meneruskan pengajian ke tahap tinggi memandangkan mereka penentu masa depan negara terutamanya melahirkan lebih ramai golongan profesional dalam sesuatu bidang.

Walaupun perancangan menyambung pelajaran sedikit sebanyak akan menjadi penghalang buat sesetengah keluarga yang kurang berkemampuan tetapi pendidikan hari ini sentiasa menyediakan kemudahan dan bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan.

Iklan

Untuk itu, Sinar Bestari kongsikan sembilan biasiswa yang boleh dimohon pelajar-pelajar lepasan SPM yang merancang untuk mencapai cita-cita di samping membantu meringankan beban keluarga.

Jom kita lihat.

Iklan

1) Axiata Foundation

Layari www.axiata-foundation.com/ untuk makluman lanjut. Tarikh tutup permohonan pada 30 Jun 2023.

2) Yayasan Khazanah

Layari www.yayasankhazanah.com.my untuk makluman lanjut. Tarikh tutup permohonan pada 15 Jun 2023.

3) Yayasan UEM

Layari uem.com.my/yayasanuem_scholarship untuk maklumat lanjut. Tarikh tutup permohonan pada 21 Jun 2023.

4) Hong Leong Bank

Layari www.hongleongscr.org untuk makluman lanjut. Tarikh tutup permohonan pada 30 Jun 2023.

5) Shell

Layari www.shell.com.my/careers/student-and-graduates/scholarship untuk makluman lanjut. Tarikh tutup permohonan pada 25 Jun 2023.

6) Petronas

Layari www.educationsponsorship.petronas.com.my/OAS untuk makluman lanjut. Tarikh tutup permohonan pada 16 Jun 2023.

7) PNB

Layari www.pnb.com.my/05_5scholarship_En.php untuk makluman lanjut. Tarikh tutup permohonan pada 15 Jun 2023.

8) Bank Negara Malaysia

Layari www.bnm.gov.my/careers/scholarships untuk makluman lanjut. Tarikh tutup permohonan pada 16 Jun 2023.

9) Yayasan Tenaga Nasional

Layari www.ytn.tnb.com.my/scholarships untuk makluman lanjut. Tarikh tutup permohonan pada 16 Jun 2023.