Dilantik sebagai warden asrama! Berikut nasihat berguna netizen kepada cikgu baharu

Iklan
Tahniah. Pikul itu sebagai amanah. Cikgu tenang-tenang sahaja ya. Semoga dipermudahkan.

Apabila berbicara tentang warden asrama, pasti ramai yang membayangkan tugas dan tanggungjawab yang digalas itu sangat berat.

Iklan
Iklan

Sebagai contoh, warden perlu menjalankan banyak tugas seperti menguruskan kemasukan penghuni asrama, bertanggungjawab atas disiplin asrama dan menentukan penghuni mematuhi peraturan ditetapkan.

Selain itu, warden asrama juga perlu bertanggungjawab atas semua soal makanan termasuk menu asrama, sekiranya tiada Penyelia Asrama.

Iklan

Ini hanyalah sebahagian tugas warden yang dikongsi Sinar Bestari. Selebihnya, masih banyak lagi tanggungjawab yang perlu mereka galas.

Baru-baru ini, Sinar Bestari tertarik dengan hantaran seorang guru yang memuat naik perkongsiannya dalam grup komuniti di Facebook.

Iklan

Dengan posting yang bertulis

"Insya-ALLAH, sesi persekolahan 2023/2024 nanti, saya telah dilantik sebagai warden. Sebagai cikgu baharu yang baru pertama kali memegang jawatan ini, apakah nasihat yang boleh diberikan? Terima kasih.”

Menerusi hantaran tersebut, warga maya yang kebanyakannya terdiri dalam kalangan guru mula memberi pandangan mereka berkaitan jawatan tersebut.

Antara yang sempat dipetik oleh Sinar Bestari adalah;

Zakaria Muhamad: Niatkan mahu mendidik anak bangsa. Insya-ALLAH ada ganjaran di sisiNya. Menjaga anak-anak asrama boleh menjadi lubuk menambah kebaikan. Jangan stres dan bersabar dalam sebarang tindakan.

Affiza Sufi: Tahniah. Pikul itu sebagai amanah. Cikgu tenang-tenang sahaja ya. Semoga dipermudahkan.

Azman Mansor: Banyak-banyak bersabar dan berfikiran positif.

Mohd Salleh Bin Esa: Anda seorang hebat dan insan terpilih. Selamat menunaikan tugas penuh dedikasi.

Rock Kapak Bro: Saya sudah hampir 30 tahun menjadi warden. Kuatkan semangat dan patuh pada arahan. Dekatkan diri dengan anak-anak jagaan dan utamakan kebajikan serta keselamatan mereka. Selamat bertugas.

Mike Noor: Tahniah!

Umi Umran: Semoga ALLAH mempermudahkan urusan cikgu.

Ankkelate Kelate Kelate: Kentalkan jiwa dan hatimu.

Muhammad Fahmy Razak: Alhamdulillah dan tahniah.

Dina: Jawatan ini ada pengalaman pahit dan manis. Doakan semoga semuanya baik-baik sahaja. Good luck cikgu!

Kepada guru-guru yang dilantik sebagai warden asrama, kami mendoakan agar anda dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab sebaik mungkin.

Semoga berjaya cikgu!