KPM, Yayasan Negeri SeMalaysia tubuh sekretariat, mantapkan sektor pendidikan di negeri-negeri

Iklan
Sekretariat Yayasan akan ditubuhkan bagi memastikan pemantapan pendidikan di setiap negeri.

Kementerian Pendidikan (KPM) melalui sesi libat urusnya bersama Yayasan-Yayasan Negeri SeMalaysia hari ini menubuhkan Sekretariat Yayasan bagi memastikan pemantapan pendidikan di negeri-negeri.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, sekretariat itu akan berfungsi menyelaras beberapa program berkaitan pemerkasaan pendidikan di negeri-negeri membabitkan beberapa cabaran pendidikan seperti akademik, pembinaan karakter, kemiskinan, literasi dan keciciran.

Iklan
Iklan

"Sekretariat ini berkuat kuasa serta merta bermula hari ini dan segala perkara yang telah dirancang pada hari ini juga akan diteruskan melalui jawatankuasa kerja yang akan diterajui oleh Yayasan Selangor,” katanya ketika ditemui selepas sesi libat urus berkenaan di Subang Jaya, baru-baru ini.

Antara Yayasan Negeri yang ialah Yayasan Sarawak, Yayasan Islam Perlis, Yayasan Terengganu, Yayasan Pahang, Yayasan Melaka, Yayasan Pelajaran Johor, Yayasan Perak dan Yayasan Selangor.

Iklan

Mengulas mengenai arahan pemakaian baju sukan bagi murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di sekolah-sekolah, Fadhlina berkata arahan itu dikekalkan sehingga satu pengumuman lain dikeluarkan oleh KPM.

"Setakat ini teruskan dan kita lihat cuaca pun masih panas lagi jadi teruskan, saya ingat kita bagi ruang dulu sehingga cuaca benar-benar sesuai untuk mereka kembali ke pakaian seragam sekolah tetapi untuk sekarang ini teruskan. Kita tiada halangan,” katanya.

Iklan