Seramai 968 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Omar, Dungun, Terengganu berpeluang menyaksikan pelbagai jenis haiwan sempena Pameran Haiwan Peliharaan di Dewan Al Ihsan sekolah itu baru-baru ini.
Mereka yang berpeluang melihat dari dekat haiwan-haiwan tersebut terdiri daripada murid-murid prasekolah, Pendidikan Khas serta murid Tahap Satu dan Tahap Dua.
Uniknya pameran ini, binatang peliharaan itu bukanlah dibawa masuk oleh komuniti luar sebaliknya ia dibawa oleh murid-murid sekolah itu untuk dikongsikan dengan rakan-rakan yang lain.
Menurut Guru Besar sekolah tersebut, Cikgu Rusmadi Abdullah, antara haiwan peliharaan yang dibawa adalah arnab, ikan, ayam, itik serati, kucing, landak mini, lobster, kura-kura, hamster, sugar glider dan burung.
Selain kelompok binatang berkenaan, dua ekor ular yang didatangkan khas oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM), Dungun, Terengganu turut dipamerkan pada Pameran Haiwan Peliharaan tersebut.
Tujuan ular-ular tersebut dipamerkan adalah untuk memberi peluang warga sekolah mengenali spesis haiwan tersebut seterusnya berkongsi ilmu mengenai keselamatan diri daripada haiwan berbisa berkenaan.
Sementara itu, Cikgu Rusmadi berkata, pameran yang julung kali diadakan merupakan satu inisiatif terbaik pihak sekolah dalam mengetengahkan pelbagai maklumat kepada murid-murid.
"Dengan adanya pameran sebegini, ia secara tidak langsung menggalakkan anak-anak didik untuk mencintai dan menyayangi binatang peliharaan ciptaan ALLAH SWT.
"Justeru, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Panitia Sains selaku penganjur kerana mengadakan pameran yang hebat dan penuh dengan ilmu pengetahuan berkaitan haiwan peliharaan,” ujarnya yang berharap pameran tersebut menjadi acara tahunan sekolah kerana ia sangat menyeronokkan sekali gus membina sifat empati dan belas kasihan kepada haiwan.
Sementara itu, Leftenan Muda (Pertahanan Awam), APM Dungun, Sabariah Abbas yang mewakili APM Dungun memuji pameran anjuran Panitia Sains SK Sultan Omar.
"Seronok melihat kumpulan murid yang begitu teruja dengan kepelbagaian haiwan yang dibawa.
"Ia bertambah menarik apabila mereka diberi peluang untuk melihat dan menyentuh ular dengan pemantauan pegawai APM Dungun yang bertugas.
"Insya-ALLAH jika diberi peluang untuk berkerjasama, kami pasti akan datang dengan perkongsian pelbagai maklumat lagi,” tutur Sabariah.

Cikgu Aniza Bakar (tengah) dan Cikgu Nurul Izni Ishak (kanan) mengambil peluang memegang ular dengan pemantauan dari wakil APM, Dungun.
Menurut Guru Besar sekolah tersebut, Cikgu Rusmadi Abdullah, antara haiwan peliharaan yang dibawa adalah arnab, ikan, ayam, itik serati, kucing, landak mini, lobster, kura-kura, hamster, sugar glider dan burung.
Selain kelompok binatang berkenaan, dua ekor ular yang didatangkan khas oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM), Dungun, Terengganu turut dipamerkan pada Pameran Haiwan Peliharaan tersebut.
Tujuan ular-ular tersebut dipamerkan adalah untuk memberi peluang warga sekolah mengenali spesis haiwan tersebut seterusnya berkongsi ilmu mengenai keselamatan diri daripada haiwan berbisa berkenaan.
Iklan
Iklan
Sementara itu, Cikgu Rusmadi berkata, pameran yang julung kali diadakan merupakan satu inisiatif terbaik pihak sekolah dalam mengetengahkan pelbagai maklumat kepada murid-murid.
"Dengan adanya pameran sebegini, ia secara tidak langsung menggalakkan anak-anak didik untuk mencintai dan menyayangi binatang peliharaan ciptaan ALLAH SWT.
"Justeru, saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Panitia Sains selaku penganjur kerana mengadakan pameran yang hebat dan penuh dengan ilmu pengetahuan berkaitan haiwan peliharaan,” ujarnya yang berharap pameran tersebut menjadi acara tahunan sekolah kerana ia sangat menyeronokkan sekali gus membina sifat empati dan belas kasihan kepada haiwan.
Sementara itu, Leftenan Muda (Pertahanan Awam), APM Dungun, Sabariah Abbas yang mewakili APM Dungun memuji pameran anjuran Panitia Sains SK Sultan Omar.
"Seronok melihat kumpulan murid yang begitu teruja dengan kepelbagaian haiwan yang dibawa.
"Ia bertambah menarik apabila mereka diberi peluang untuk melihat dan menyentuh ular dengan pemantauan pegawai APM Dungun yang bertugas.
"Insya-ALLAH jika diberi peluang untuk berkerjasama, kami pasti akan datang dengan perkongsian pelbagai maklumat lagi,” tutur Sabariah.
Pameran Haiwan Peliharaan SK Sultan Omar dirasmikan oleh Cikgu Rusmadi (dua dari kiri). Turut serta, Leftenan Muda (Pertahanan Awam), APM, Dungun, Sabariah (dua dari kanan) dan Cikgu Aniza (kanan).