Solekan kesan khas mampu hasilkan pelbagai wata

Iklan
Pemain industri terutamanya industri perfileman memerlukan mereka yang berkemahiran di dalam bidang ini.

Bukan satu perkara mudah untuk menghidupkan sesuatu watak dengan solekan kesan khas agar jalan cerita yang dipaparkan selari dengan watak yang dicipta.

Selain mengambil masa yang lama (bergantung kepada watak dan teknik kemahiran) untuk disolek, ilmu pengetahuan dan kemahiran turut memainkan peranan penting agar solekan yang dihasilkan menjadi.

Iklan
Iklan



Zarina Abu Sidik


Menurut Zarina Abu Sidik, 52, untuk menjadi seorang jurusolek kesan khas, kemahiran dan kreativiti merupakan antara kriteria penting yang diperlukan.

Ini kerana katanya, tanpa kedua-dua kriteria tersebut pastinya solekan tidak mudah dihasilkan.

Iklan

"Untuk permulaan kena ada pendidikan atau pengenalan tentang produk dan pengunaannya kerana ramai yang berhabis wang ringgit tapi akhirnya berlaku pembaziran disebabkan tiada ilmu dan kemahiran.

"Bila kita ada kemahiran dan teknik, setiap solekan yang dihasilkan boleh diminimaliskan penggunaan bahan-bahan solekan,” ujarnya ketika dihubungi Sinar Bestari, baru-baru ini.

Iklan

Dia yang telah berkecimpung di dalam bidang solekan selama 25 tahun tidak menafikan bukan mudah untuk menghasilkan solekan terutamanya solekan kesan khas kerana banyak perkara perlu diambil berat.

Begitupun tuturnya lanjut, hari ini anak-anak muda tidak nampak kelebihan kerjaya dalam bidang ini yang mampu menjana pendapatan lumayan.

Tambahnya lagi, dengan adanya pelbagai institusi pengajian yang menawarkan kursus kemahiran ini, tiada lagi alasan kenapa para pelajar tidak mahu memilih jurusan ini dan jadikan sebagai kerjaya.

"Tidak dinafikan kerjaya sebagai jurusolek ini orang pandang serong kononnya tiada masa depan dan sebagainya.

"Tetapi hakikatnya pemain industri terutamanya industri perfileman memerlukan mereka yang berkemahiran di dalam bidang ini untuk membantu mencipta karektor pada pelakon.

"Apabila seorang pengarah memerlukan perubahan karektor atau memerlukan kesan-kesan luka yang besar kepada pelakonnya mengikut watak, jurusolek kesan khas dipanggil untuk membuat transformasi,” ulasnya yang pernah kerjasama dengan jurusolek kesan khas luar negara dan beberapa nama besar dalam industri perfileman Malaysia seperti Ella Sandera, Eds Arippin, Monica Lee dan Kit Hew.

Pemain industri terutamanya industri perfileman memerlukan mereka yang berkemahiran di dalam bidang ini.


Ujar Zarina lagi yang lebih dikenali dengan Rina Derina, skop kerjaya bidang ini sangat luar dan antara kerjaya yang boleh diterokai sebagai jurusolek kesan khas ialah industri perfileman, teater dan taman tema.

"Kesan khas yang dilakukan tidak sama dengan solekan biasa kerana penggunaan bahan-bahan kimia seperti latex, silikon, spirit gum, pros-aide, isoprohyl, darah buatan dan lain-lain lagi kerap digunakan jurusolek kesan khas.

"Kesan khas yang dibuat mampu mengubah kejadian atau keadaan seseorang menjadi sesuatu yang berbeza daripada penampilan asal,” katanya lagi.

Mengulas lanjut mengenai kerjaya sebagai seorang jurusolek kesan khas, tutur Rina Derina seseorang individu itu perlu mendalami bidang kosmetologi dan latihan khusus dalam aplikasi prostetik seperti latex, 3D transfer dan bahan-bahan lain.

Dalam pada itu, dia turut menegaskan, jurusolek kesan khas harus tahu teknik pembersihan yang betul, ‘apply & removal’ di mana kemahiran ini juga satu bidang yang penting dalam seni solekan kesan khas.

Yang pasti, menurut ibu kepada seorang cahaya mata ini, untuk memperoleh ilmu dan kemahiran ia perlulah melalui proses pembelajaran dan pengalaman kerja.

"Hari ini banyak kelas-kelas menawarkan kursus-kursus sebegini dan kemahiran yang diperoleh tidak pernah merugikan.

"Jadi anak-anak muda hari ini diharapkan rebutlah peluang ini untuk menambah ilmu dalam kemahiran ini kerana ia dilihat berpotensi untuk dijadikan sebagai kerjaya.

"Tambahan pula bidang ini sangat luas dan tidak hanya tertumpu pada solekan tetapi turut melibatkan rambut, pakaian dan reka cipta prop, kemahiran melukis juga mewarna adalah satu bonus selain etika,” katanya yang turut menasihatkan genarasi muda hari ini agar mencari guru dan jaringan serta hala tuju yang tepat untuk terus kekal di dalam bidang yang diminati.