Siap siaga sektor pendidikan menjelang kenaikan harga barang Ogos ini

Iklan

Isu kenaikan harga barang bukanlah topik baharu dalam kalangan masyarakat hari ini.

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan termasuk memperkenalkan kempen Menu dan Insurans Rahmah bagi membantu orang ramai berdepan isu berkenaan.

Iklan
Iklan

Namun, terbaharu Presiden Dewan Perniagaan dan Industri India Kuala Lumpur dan Selangor (KLSICCI), Nivas Ragavan, meramalkan harga barangan akan meningkat sebanyak 20 peratus.

Jangkaan tersebut sudah pasti menimbulkan keresahan dalam kalangan banyak pihak kerana pelbagai sektor akan terkesan antaranya pendidikan.

Iklan

Perbelanjaan melibatkan persekolahan anak-anak seperti kelengkapan persekolah, pengangkutan dan juga makan minum dilihat akan meningkat.

Bagi mengimbangi perkara tersebut, pakar berpendapat kerajaan perlu bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal terjadi tidak lama lagi.

Iklan

Menurut Pakar Ekonomi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faisol Ibrahim, sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan skim lebih relevan bagi membantu para pelajar terutama mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah.

Jelas beliau, antaranya menyediakan barangan bersifat keperluan secara percuma seperti laptop, beg dan pakaian sekolah.

Ia secara tidak langsung dapat membantu mana-mana isi rumah yang mempunyai anak yang masih bersekolah dapat menjimatkan perbelanjaan harian.

"Pendidikan merupakan sektor penting yang menjana modal insan kepada negara dan perlu dibantu serta dipantau supaya kesan kenaikan barangan pada bulan Ogos ini (sekiranya terjadi) nanti tidak memberi kesan,” katanya ketika dihubungi Sinar Bestari pada Selasa.

Mohd Faisol turut mengulas, kerajaan juga boleh memulakan satu langkah rapat umum bersama pihak industri kecil dan sederhana (IKS) yang berkaitan dengan sektor pendidikan untuk sama-sama membantu menangani krisis tersebut.

"Sebagai contoh syarikat yang mengeluarkan pakaian sekolah akan diberi geran bernilai jutaan ringgit supaya mereka dapat mengeluarkan produk dengan kos paling murah.

"Oleh itu, masyarakat dapat menikmati kelengkapan itu pada harga mampu milik. Selain itu, mungkin insentif pemotongan cukai yang tinggi dapat diberikan kepada pihak industri,” tambahnya.

Sementara itu, Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seluruh negara juga perlu memainkan langkah proaktif terhadap isu tersebut.

"PIBG mungkin boleh melakukan anjakan paradigma dengan mewujudkan perniagaan atau koperasi bagi menampung dana sekolah dan tidak terlalu bergantung dengan kerajaan.

"Apa pun, ia hanya langkah untuk jangka masa pendek atau Panjang dan buat masa ini mana-mana isi rumah perlu mengurangkan perbelanjaan pada perkara yang tidak perlu bagi memastikan tanggungan pendidikan keluarga tidak terjejas,” tutur beliau mengakhiri bicara.