Dua guru SMA MAIWP raih Anugerah Ikon Inspirasi Pendidikan Wilayah Persekutuan 2025!

Iklan
Cikgu Mohd Azni (kanan) dan Cikgu Muhammad Norfadhli (tengah) menerima pengiktirafan dalam Majlis Anugerah Inspirasi Pendidikan 2025 Peringkat Wilayah Persekutuan baru-baru ini, diiringi oleh Ustazah Gamarofizan (kiri).

Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) terus mencuri perhatian di pentas pendidikan apabila dua guru cemerlang sekolah itu menerima pengiktirafan tertinggi dalam Majlis Anugerah Inspirasi Pendidikan 2025 Peringkat Wilayah Persekutuan baru-baru ini.

Mereka ialah Cikgu Muhammad Norfadhli Mohd Arif yang dinobatkan Ikon Kategori Guru Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Cikgu Mohd Azni Abu Hassan (Anugerah Ikon Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah).

Iklan
Iklan

Menurut perkongsian SMA MAIWP di Facebook, kedua-dua guru itu memang hebat dan diiktiraf sebagai pakar dalam bidang masing-masing.

"Kepimpinan Cikgu Muhammad Norfadhli dalam memperkasa pendidikan kemahiran dan inovasi berimpak tinggi sangat luar biasa. Dengan pendekatan kreatif memodenkan TVET serta bimbingan aktif kepada pelajar, beliau kini dianggap tenaga pengajar paling berpengaruh di Wilayah Persekutuan.

Iklan

"Manakala, Cikgu Mohd Azni pula, berjaya mewujudkan ekosistem kaunseling yang penyayang, proaktif dan berkesan di sekolah sekali gus menjadikan beliau tokoh rujukan dalam bidang kaunseling," maklumnya pada Khamis.

Sementara itu, Pengetua SMA MAIWP, Ustazah Gamarofizan Zainal Abidin yang hadir dalam majlis tersebut menyifatkan kejayaan dirangkul sebagai bukti kekuatan budaya kerja dan usaha berpasukan warga SMA MAIWP yang terus memajukan sekolah.

Iklan