YS2P3.0 rangsang kreativiti pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti

Iklan

Dunia keusahawanan cukup penting dalam membantu ekonomi negara ketika ini sama ada untuk jangka masa panjang atau pendek.

Mengambil peluang menyemarakkan perkembangannya, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik, Kolej Komuniti (JPPKK) dan PKT Logistics Group Sdn Bhd telah menganjurkan Young SocialPreneur Programme 3.0 (YS2P 3.0).

Iklan
Iklan

Acara yang memasuki tahun ketiga itu mendapat penyertaan seramai 1,116 peserta merangkumi 93 buah kumpulan daripada 25 Politeknik dan 40 Kolej Komuniti seluruh negara.

Program tersebut menggabungkan tiga konsep iaitu keusahawanan, keusahawanan sosial dan tanggungjawab sosial kepada komuniti yang memerlukan peserta berfikir secara kreatif dan inovatif bagi menghasilkan keuntungan maksimum.

Iklan

Terdapat lima fasa yang perlu dilalui peserta iaitu pendaftaran, sesi ‘Online Pitching, ‘Boot Camp’, pelaksanaan projek dan pembentangan.

Sehingga kini, sebanyak 10 kumpulan telah berjaya mara ke peringkat akhir dan mereka terdiri daripada PMU Chili House Ventures (Politeknik Mukah Sarawak), Seedspa (Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah), Capt Empire Kifah (Politeknik Seberang Perai), Teratak Kasih (Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah) dan Kunyit Enterprise (Kolej Komuniti Lahad Datu).

Iklan

Tidak ketinggalan Digital Maven (Kolej Komuniti Segamat), Magnifiq (Kolej Komuniti Bayan Baru), PoliKopi (Politeknik Muadzam Shah), Neocraft (Politeknik Metro Betong Sarawak) dan Jutawan Ilmu ( Kolej Komuniti Kuala Langat).

Kesemua mereka diberikan suntikan modal bernilai sebanyak RM1,000 daripada PKT Logistics Group Sdn Bhd.

Apa yang lebih mengkagumkan, ia berjaya menarik Malaysia Book of Records (MBR) untuk memberi pengiktirafan bagi ‘Most Online Judging in a Young Sociopreneurship Competition’.

POLISAS dan PKT Logistics Group Sdn Bhd sebelum itu turut dianugerahi ‘The Most Number of Participation in A Young Socialpreneurship Charity Programme’ pada program YS2P 2018 dan ‘Himpunan Usahawan Muda Paling Ramai’ semasa 2017.

"Pendekatan YS2P ini berupaya mencetus minat keusahawanan dalam kalangan peserta dengan merencana projek atau program yang mampu memberi impak yang tinggi kepada kumpulan sasaran di samping pulangan yang memberangsangkan,” kata MBR dalam satu kenyataan baru- baru ini.

Jelasnya, ia secara tidak langsung dapat menjayakan 10 lonjakan bakat terpelajar yang mensasarkan lonjakan pertamanya sebagai graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.