Ramai tak perasan lisan juga dikategorikan sebagai buli

Iklan

Hari ini buli antara aktiviti yang tidak bermoral dan tidak asing dalam kalangan pelajar baik di sekolah rendah mahupun sekolah menengah.

Sama ada secara fizikal atau mental, perbuatan tersebut mampu memberi impak negatif terhadap mangsa seperti kurang keyakinan diri.

Iklan
Iklan

Baru-baru ini, seorang pempengaruh, Akhi Fairuz Al Jengkawi atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Abu berkongsi tentang jenis perbuatan lisan yang dianggap sebagai salah satu bentuk pembulian.

Ia susulan aduan seorang ibu bahawa anaknya tidak bersemangat untuk ke sekolah kerana sering diejek ‘pendek’ oleh rakan-rakan.

Iklan

Jelas wanita tersebut, kelakuan anak tunggalnya itu cukup berbeza jika dibandingkan sebelum ini, seorang yang periang dan bersemangat sehingga menyertai pelbagai aktiviti sama ada di sekolah agama atau kebangsaan.

"Bab buli ni memang sudah jadi barah dalam jiwa anak-anak. Kerap kali bila saya ceramah topik buli di sekolah rendah pasti banyak drama air mata yang akan berlaku.

Iklan

"Seorang demi seorang mangsa buli akan tampil ke depan dan cerita apa yang telah terjadi kepada mereka. Untuk sekolah rendah, jarang para pelajar kongsi mereka dibuli secara fizikal. Yang banyaknya adalah secara lisan contohnya ejek nama atau nama bapa.

"Ada juga yang diejek kerana fizikal (body shaming), warna kulit (rasis), mengusik (prank) dan cara bercakap,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Akhi Fairuz

Ujarnya, meskipun ada pihak yang memandang enteng isu tersebut, namun ia berupaya membunuh jiwa kanak-kanak.

Akhi Fairuz turut menasihatkan agar ibu bapa turut peka dalam menangani masalah berkenaan.

"Tolong didik anak-anak agar jangan jadi pembuli di sekolah. Jangan pernah letih berpesan pada mereka kerana kadang-kadang anak ini depan kita bukan main baik, tapi bila di sekolah cikgu saja yang tahu perangai sebenar mereka.

"Ada kes budak yang suka buat masalah di sekolah (membuli) datang dari keluarga yang bermasalah juga dan jika keluarganya tidak ada masalah, kanak-kanak ini banyak terpengaruh dengan lawak bodoh di internet.

"Lawak yang menyentuh fizikal orang hingga hilang sensitiviti terhadap perbezaan yang dimiliki orang lain,” ujarnya.