Cliquebait dedah isu penipuan siber dan antun kanak-kanak

Iklan
Cliquebait yang dianjurkan penuntut UiTM Shah Alam menyajikan pelbagai aktiviti ilmiah berkonsepkan didik hibur.

Program Service Learning Malaysia (SULAM) yang menggabungkan hasil pembelajaran kursus dengan khidmat masyarakat telah dilaksanakan dengan jayanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Dikendalikan sekumpulan mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor, SULAM yang dikenali sebagai Cliquebait telah membabitkan penuntut daripada dua jurusan iaitu Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian), Komunikasi dan Latihan Instruksional serta Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu (Kepujian), masing-masing dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam.

Iklan
Iklan

Menurut Penyelaras Program tersebut, Dr Mohd Yusof Zulkefli, Cliquebait yang dilaksanakan berkonsepkan didik hibur iaitu perkongsian ilmu berkenaan tatacara mengenal pasti taktik kes pancingan data dan antun kanak-kanak.

"Antun kanak-kanak ialah sejenis aktiviti jenayah melalui internet yang menjadikan kanak-kanak sebagai rakan dengan tujuan untuk memujuk mereka supaya menjalinkan hubungan seksual.

Iklan

"Ia juga digunakan untuk mengumpan kanak-kanak di bawah umur untuk bersubahat dalam perniagaan haram seperti pemerdagangan kanak-kanak, pelacuran kanak-kanak atau dalam terbitan pornografi kanak-kanak.

"Perkongsian ilmu seperti ini jarang didengari, justeru ia harus dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para peserta," katanya.

Iklan

Selain penerangan info berkaitan, Mohd Yusof memberitahu, program Cliquebait turut menyediakan beberapa aktiviti menarik seperti ceramah tentang isu penipuan siber dan antun kanak-kanak; perkongsian penggunaan bahasa isyarat sekiranya dalam kecemasan serta beberapa bentuk permainan iaitu radio rosak, Do Not Feed The Phish dan Don’t Touch Me.

Tambah beliau, Cliquebait perlu dilestarikan dalam memberi pendedahan kepada anak muda mengenai cara pancingan data dan antun kanak-kanak berlaku.

"Para pelajar patut didedahkan dengan segala maklumat berkaitan kerana mereka merupakan golongan yang mudah menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab," ujarnya lagi.