Penguasaan kemahiran pembuatan beg tangan

Iklan
Di saat rakan-rakan seusianya berseronok selepas pulang dari sekolah, Nur Syazaaqirah memilih untuk menghadiri kelas kemahiran di KEMAS

Bidang melibatkan seni reka bentuk memainkan peranan penting dalam masyarakat hari ini terutama peranannya yang dilihat semakin berkembang dalam dunia komersial.

Mana tidaknya, permintaan untuk tampil menarik lebih-lebih lagi menggayakan aksesori beg tangan juga dilihat menjadi trend dalam kalangan wanita mahupun lelaki.

Iklan
Iklan

Bagi sesetengah masyarakat, menggunakan beg tangan berjenama satu kepuasan.Namun ada sesetengah daripadanya gemar menggunakan beg tangan yang dibuat sendiri (•homemade•) kerana nilai kreativiti dan eksklusif yang ada pada produk yang dihasilkan.

Nur Syazaaqirah


Itu antara pegangan yang menjadi tunjang keyakinan pelajar Tingkatan Empat, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Ampuan Durah, Negeri Sembilan, Nur Syazaaqirah Yusmazze yang mengambil peluang menyertai kelas kemahiran anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Iklan

Kata Nur Syazaaqirah, disaat rakan seusianya berseronok selepas pulang dari sekolah namun dia memilih untuk menambah ilmu dalam bidang kemahiran.

"Saya mula menyertai kelas kemahiran KEMAS sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan ia diteruskan sehingga hari ini.

Iklan

"Saya seronok dengan suasana pembelajaran yang santai dan interaktif selain mempelajari kaedah kemahiran yang tidak didedahkan di sekolah,•”• ujarnya ketika dihubungi Sinar Bestari, baru-baru ini.

Tambah anak kelima dari enam beradik itu lagi, dengan yuran bulanan sebanyak RM20, dia dapat mendalami ilmu jahitan daripada asas dalam menghasilkan pelbagai produk antaranya beg tangan.

Di saat rakan-rakan seusianya berseronok selepas pulang dari sekolah, Nur Syazaaqirah memilih untuk menghadiri kelas kemahiran di KEMAS

Jelas Nur Syazaaqirah, segala produk yang dihasilkan seperti beg tangan akan dijual di pasaran dengan dibantu guru-guru yang membuat promosi di media sosial antaranya Facebook, Instagram dan TikTok.

"Hasil jualan tersebut dapatlah sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban kewangan yang perlu ditanggung keluarga.

"Saya juga memperoleh pengalaman dalam bidang keusahawanan dengan menjual hasil karya sendiri dan pastinya ia suatu yang membanggakan,•”• tuturnya lanjut.

Nur Syazaaqirah turut memberitahu, anak-anak muda sebayanya perlu bijak mencari peluang dalam meningkatkan kemahiran diri sebagai nilai tambah dalam pembentukan jati diri seseorang pelajar.

Ujarnya, pada ketika ini banyak tempat menawarkan kursus kemahiran yang boleh disertai daripada terus membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

Namun begitu katanya, segala perkara yang dilakukan hendaklah seiring dengan minat mendalam agar proses pembelajaran berjalan dengan mudah dan berkesan.

"Setiap mereka yang ingin belajar terutamanya dalam kemahiran pembuatan beg tangan hendaklah dimulakan dengan minat terlebih dahulu,” katanya mengakhiri bicara.