Kuasai bahasa isyarat sebagai nilai tambah diri

Iklan
Hannah Humaira menunjukkan isyarat 'saya sayang kamu'.

Sebagai pelajar, kita perlu untuk menambah ilmu di luar bilik darjah dengan mendalami kemahiran lain antaranya menguasai bahasa isyarat sebagai persediaan sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan kelak.” Itu antara pendapat yang dilontarkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Bangi, Selangor, Hannah Humaira Mohd Salikin.

Hannah Humaira menunjukkan isyarat 'saya sayang kamu'.

Walaupun masih belajar di Tingkatan Satu, dia teruja untuk mendalami ilmu bahasa kerana baginya bukan sahaja bahasa Cina dan India penting untuk dipelajari tetapi komunikasi tanpa bunyi juga sama penting untuk dikuasai pelajar sekolah sepertinya.

Iklan
Iklan

Katanya, boleh berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat adalah satu nilai tambah dalam diri lebih-lebih lagi jika ia dipelajari lebih awal.

Bercerita lanjut mengenai penglibatannya dalam kelas bahasa tersebut, Hannah Humaira memberitahu, minatnya tercetus apabila melihat ibu saudaranya yang bekerja bersama kanak-kanak orang kurang upaya (OKU).

Iklan

Teruja dan seronok apabila ibu saudaranya itu boleh berkomunikasi dalam bahasa isyarat dan ia antara pendorong dirinya untuk menyertai kelas bahasa isyarat yang dianjurkan di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) OKU, Bangi, Selangor.

Tidak menganggu waktu pembelajaran

Iklan

Jelas anak sulung daripada tiga beradik itu, setakat ini kelas yang disertainya sama sekali tidak mengganggu sesi persekolahannya memandangkan dia bersekolah petang.

"Selepas menyertai kelas asas bahasa isyarat ini, saya telah meminta ibu untuk mendaftarkan kelas peribadi secara dalam talian bagi lebih menguasai bahasa berkenaan.

"Kelas tersebut diadakan setiap hari Isnin pukul 7 hingga 11 pagi.

"Masa tersebut adalah waktu yang sesuai sebelum saya bersiap untuk ke sekolah bagi sesi petang,” beritahunya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Tambah Hannah Humaira, pembahagian masa sangat penting terutamanya mereka yang bergel•ar pelajar sekiranya ingin menguasai akademik dan juga kemahiran.

Justeru katanya, masa lapang hendaklah diisi dengan aktiviti yang berfaedah sama ada mengulang kaji pelajaran atau praktis pergerakan tangan dalam bahasa isyarat bagi mengukuhkan daya ingatan tentang kedua-dua perkara tersebut.

Kenapa perlu belajar bahasa isyarat?

Ketika ditanya pendapatnya mengapa perlu mempelajari bahasa yang jarang digunakan itu, Hannah Humaira menjawab, keperluan memahami dan menguasai bahasa isyarat bukan terikat pada mereka yang OKU seperti cacat pendengaran dan bisu semata-mata.

Tetapi kemahiran berkomunikasi tersebut perlu dititikberatkan kepada semua golongan agar komuniti OKU ini tidak terus tersisih dan terpinggir.

"Dengan kemahiran ini kita •bukan sahaja dapat mengurangkan jurang dengan komuniti OKU tetapi sedikit sebanyak membantu mereka yang memerlukan pertolongan atau dalam kesusahan.

"Malah, pergerakan tangan yang digunakan dalam bahasa isyarat ini juga salah satu bentuk komunikasi tanpa bunyi yang boleh digunakan semua golongan,” tambahnya lagi.

Mengakhiri perbualan, Hannah Humaira sempat menitip pesan buat rakan-rakan seusia dengannya untuk turut sama •mempelajari bahasa isyarat ini sebagai nilai tambah dalam diri masing-masing.