Terpaksa berhentikan anak sekolah kerana masalah kesihatan, undang sebak warga maya

Iklan

Melihat anak membesar dan mendapat pendidikan dengan baik merupakan harapan buat semua ibu bapa atau penjaga.

Iklan
Iklan

Namun, tidak semua di antara mereka berkesempatan menelusuri kehidupan dengan sisi yang indah.

Itu antara yang dilalui oleh seorang wanita selepas anaknya disahkan menghidap masalah kesihatan saraf otak atau lebih dikenali Adrenaleukosystrophy.

Iklan

Rentetan daripada masalah tersebut, dia yang dikenali menerusi akaun TikTok dengan nama Nisaahaswan terpaksa mengeluarkan anaknya, Mohamad Nur Iman Ramadhani dari persekolahan.

"Sedihnya pergi ke sekolah untuk berhentikan Iman sebab dia memang tak boleh sekolah lagi,” kataya menerusi satu video yang dimuatnaik di laman media sosial pada Jumaat lalu.

Iklan

Video tersebut turut memaparkan surat pengesahan berhenti sekolah anaknya itu.

Hantaran Nisaahaswan berkenaan kemudian mendapat perhatian daripada rata-rata pengguna laman sosial tersebut.

"Semoga adik Iman sembuh seperti sediakala,” ujar pemilik akaun bernama Naga pada ruangan komentar.

Seorang individu bernama Radienared berkata, ramai orang tidak menyedari bahawa mempunyai anak yang sihat merupakan rezeki.

"Kadang-kadang kita tidak sedar, dapat anak yang sihat pun sebenarnya rezeki,” ulasnya.

Pemilik akaun bernama Sensei yang dipercayai seorang guru meluahkan di komentar berkenaan yang dia sendiri tidak sanggup melihat perkara tersebut berlaku sekiranya terjadi pada anak muridnya.

"Saya sebagai cikgu pun sangat sedih kalau dapat berita pelajar berhenti disebabkan masalah kesihatan sebegini,” katanya.

TAMAT