Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok di akaun Najib Arvia ada berkongsi video tentang perbualannya bersama seorang lelaki berhubung pengurusan dana Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Menurut lelaki itu, terdapat tiga pihak utama yang berfungsi dalam memperkasa pentadbiran SJKC iaitu alumni, lembaga dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
"Alumni terlibat dalam mengurus sebarang program atau acara komuniti di sekolah manakala lembaga pula menguruskan kemasukan dana daripada orang ramai.
"Sebarang projek baik pulih atau pembangunan diuruskan oleh lembaga misalan bumbung rosak dan sebagainya,” katanya dalam video berdurasi satu minit lebih itu.
Dia menambah, sementara itu, PIBG terlibat dalam pengurusan kurikulum dan rapat umum antara guru dan cikgu.
Hantaran Najib Arvia itu mendapat perhatian daripada warga maya.
Seorang pengguna TikTok bernama Google Chrome mengulas, hakikatnya apa yang berlaku di SJKC tidak terjadi dalam sekolah kebangsaan.
"Sekolah kerajaan. Kita hanya lepaskan tanggungjawab kepada kerajaan untuk jaga. Jujur, aku pun tak pernah melawat balik sekolah lama. Kebanyakan kita memang macam itu,” katanya dalam ruangan komentar.
Berkongsi pandangan sama individu bernama Qebamokh yang menyatakan keadaan tersebut amat menyedihkan.
"Yang sekolah kebangsaan semua nak harapkan kerajaan bagi, sedih mat,” ujarnya.
Iklan
Iklan